There was an error in this gadget

Tuesday, October 16, 2012

KRISIS EKONOMI DUNIA 2012

1. Adakah kemungkinan akan berlaku krisis ekonomi 2012 dan apakah puncanya ?
- Ya, ada kemungkinan berulang krisis ekonomi dunia 2008/2009 pada 2012 berikutan perkembangan tidak sihat yang berlaku dalam sistem ekonomi di Eropah dan beberapa negara Barat serta krisis Asia Barat ketika ini.

2. Adakah Malaysia akan menerima kesannya ?
- Ya, sedikit sebanyak Malaysia akan menerima kesannya kerana Malaysia terlibat dengan perdagangan bersama negara-negara Barat walaupun tidak seserius yang dihadapi oleh negara-negara Barat.

3. Adakah negara telah mengambil langkah untuk menghadapi kesan krisis ekonomi ini dan kenapa ?
- Ya, kerajaan telah mengambil langkah-langkah sewajarnya bertujuan mempertahankan dan mengukuhkan ekonomi, khususnya pelaburan asing dan domestik kerana kesan kejatuhan ekonomi dunia 2008 dan 2009 telah menjejaskan usaha membina ekonomi negara dan menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada 2020.

4. Apakah antara langkah yang diambil ?
- Mengukuh dan meningkatkan eksport produk berasaskan teknologi, pembuatan dan perkhidmatan.
- Mengukuh dan mengeksploitasi sepenuhnya kedudukan negara sebagai hub pengeluaran produk makanan halal yang mempunyai potensi dan pasaran besar di seluruh dunia.
- Menarik dan mengukuhkan Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan Pelaburan Dalam Negeri (DDI) dari Januari hingga Oktober 2011, nisbahnya adalah 48.4 (FDI):51.6 (DDI). angka ini bagaimanapun berubah menjadi hampir 50:50.
- Usaha kerajaan menambahbaik iklim pelaburan dalam negara supaya menjadi semakin menarik:-
  • Pelabur tempatan melabur dalam bidang elektrik dan elektronik (E&E), pembuatan besi, petroleum dan petrokimia.
  • Pelabur asing dalam bidang automotif dan alat ganti, besi, fabrikasi, E&E serta petroleum dan petrokimia.
FAKTA:
Malaysia berada di tempat ke-21 tahun ini berbanding 26 tahun lepas daripada segi tarikan dan daya saing dalam menyediakan kemudahan pelaburan yang kondusif. Buktinya:-
Penerimaan pelaburan (FDI dan DDI) dari Januari hingga Oktober 2011
  1. Sarawak (RM7.3B)
  2. Selangor (RM6.8B)
  3. Johor (RM6.7B)
  4. Pulau Pinang (RM5.7B)
  5. Negeri Sembilan (RM3.5B)
  6. Pahang (RM2.9B)
  7. Terengganu (RM1.4B)
  8. Perak (RM966J)
  9. Kedah (RM765J)
  10. Sabah (RM720J)
  11. Kuala Lumpur (RM299J)
  12. Kelantan (RM129J)
  13. Perlis (RM23J)

(sumber)

BORNEOSASI DI SABAH

1. Apakah yang dimaksudkan dengan "Borneosasi" ?

- Borneosasi adalah satu istilah yang digunakan oleh pembangkang untuk mewujudkan sentimen "SABAH FOR SABAHAN".

2. Adakah Isu Borneosasi ini masih relevan di Sabah ?

- Selepas Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia, istilah Borneosasi tidak lagi relevan kerana Sabah telah menjadi negeri-negeri yang membentuk Malaysia.

3. Benarkah dakwaan pembangkang bahawa Sabah tidak mempunyai hak autonomi dalam menentukan arah tuju dasar negara ?

- Tidak benar kerana dalam konteks Persekutuan setiap kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa masing-masing yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
- Dalam menentukan arah tuju dasar negara, wakil semua negeri ada dalam Kabinet Persekutuan dan semua keputusan dibuat secara konsensus. Justeru, tidak timbul lagi soal autonomi.

4. Benarkah dakwaan yang mengatakan jawatn-jawatan penting tertinggi di Sabah dimonopoli dan ditentukan oleh pegawai-pegawai Semenanjung ?

- Di peringkat awal penubuhan Malaysia, memang diakui bahawa jawatan-jawatan Persekutuan di Sabah diisi oleh pegawai-pegawai dari Semenanjung. Bagaimanapun, ini bukan bertujuan untuk memonopoli, tetapi bertujuan untuk melatih pegawai Sabah mengambil alih jawatan penting.
- Sekarang kebanyakan jawatan tinggi Persekutuan di Sabah diisi oleh anak tempatan.
- Sehingga Juali 2011, seramai 60 orang anak tempatan Sabah telah dilantik sebagai Ketua jabatan dan Ketua Badan Berkanun dalam agensi dan jabatan Persekutuan di Sabah.
- Jumlah keseluruhan jawatan Persekutuan di Sabah ialah 130 dan anak tempatan menyandang 46% daripada jumlah tersebut.
- Jumlah ini tidak meliputi jawatan penting di Semenanjung yang diketuai oleh anak-anak Sabah, termasuk jawatan:
Menteri dan Timbalan Menteri,
Peguam Negara,
Speaker Dewan Rakyat,
Timbalan Speaker Dewan Rakyat,
Naib Canselor Universiti, dan;
Duta Malaysia di Luar Negara.

5. Benarkah Perjanjian Penubuhan Malaysia terbatal selepas Singapura menarik diri pada 1965 ?

- Tidak Benar.
- Singapura disingkirkan daripada Malaysia atas persetujuan Parlimen Malaysia.
- Tindakan penyingkiran ini disebabkan People Action Party (PAP) Singapura mempersoalkan kesahihan Perlembagaan Persekutuan dan membangkitkan isu-isu perkauman yang boleh menimbulkan perbalahan serta kacau bilau antara kaum.

6. Adakah amalan membaca doa setiap kali majlis rasmi bermula itu mencabuli hak kebebasan beragama rakyat Sabah ?

- Tidak, ini kerana pada 1971, Perlembagaan Negeri telah dipinda dengan memasukkan Perkara 5(a) iaitu Agama Islam menjadi agama rasmi bagi negeri Sabah.
- Usul ini telah diluluskan oleh Kabinet Negeri yang mendapat sokongan 2/3 majoriti Dewan Undangan Negeri Sabah pada ketika itu. Tindakan ini mencerminkan semangat Perlembagaan Persekutuan.
- Rentetan daripada pindaan tersebut, Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) diwujudkan untuk mentadbir hal ehwal agama Islam di Sabah.

7. Apakah "Perkara 20" dan benarkah ia telah diabaikan selepas pembentukan Malaysia ?

- "Perkara 20" adalah tuntutan dan syarat rakyat Sabah menyertai Malaysia.
-"Perkara 20" bukanlah dokumen yang boleh dilihat secara berasingan daripada Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana tuntutan 20 perkara itu telah diserapkan ke dalam fasal-fasal Perlembagaan Persekutuan contohnya;
status bumiputera Sabah,
hak-hak imigresen,
yang memberi kuasa khusus kepada kerajaan negeri Sabah dan Sarawak seperti yang dituntut di dalam 20 perkara tersebut.
- Oleh yang demikian, tidak timbul isu kononnya kerajaan Persekutuan mengabaikan isu 20 perkara itu.

Friday, September 21, 2012

DAP jelas perlekeh usaha umat Islam bantah filem "Innocence of Muslims"

KUALA LUMPUR, 21 Sept. - Orang Melayu diingatkan supaya tidak terpedaya dengan DAP yang sama sekali tidak berminat memperjuangkan isu-isu sensitif berkaitan Islam yang terbukti dengan tindak-tanduk Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, baru-baru ini.

Baca seterusnya, KLIK SINI

Wednesday, September 19, 2012

DAH BERAK MERATA TAKNAK MENGAKU PULAK!

Heboh dah sekarang berhubung blog yang mengatakan "Tarian sumazau adalah untuk mereka yang berakhlak rendah" ciptaan media SuaraPakatanRakyat baru-baru ini. Pada mulanya mereka berniat menghentam PM Najib yang kononya menari bersama Rosmah akhirnya mengundang PADAH apabila menyentuh kesensitivian rakyat Sabah!

Dan apabila rakyat Sabah mula marah lantaran mereka terus menjadikan BN/UMNO kambing hitam sekali lagi dengan menuduh ip address (yang tidak disahkan kesahihannya oleh badan bertauliah!) adalah milik blogger UMNO?? tak masuk akal.... dah kentut sembunyi bontot!

Baca seterusnya di SINI

Tuesday, April 3, 2012

Adakah Mengambil Khidmat APCO Bertentangan Dengan kehendak agama?

· Jika dilihat daripada perkhidmatan yang ditawarkan oleh APCO kepada Kerajaan Malaysia, tidaklah menjadi kesalahan dari segi agama dan begitu juga undang-undang negara. Apatah lagi ia tidak memudharatkan rakyat malah meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan yang sedia ada.


· Sabda Nabi SAW “Ilmu itu adalah harta mukmin yang hilang, maka perolehilah di mana jua kamu jumpa” Nabi SAW turut bersabda “ Tuntutlah ilmu walau sehingga ke negeri China “.


Apakah Perbezaan Di antara Yahudi dan Zionis?

· Yahudi merupakan satu kaum (bangsa) dari keturunan Nabi Allah Yaakob a.s. yang merupakan pertalian kepada Nabi Allah Ibrahim yang mengamalkan agama yang samawi.


· Zionis pula adalah dari perkataan Zion, nama sebuah bukit di Palestin, sepihak Yahudi dari bukit Zion dinamakan Zionis, dan telah memulakan gerak politik bangsa Yahudi untuk mendiami tanah Palestin dengan segala cara seperti Terror, perang, pembersihan etnik, penyebaran penyakit, membuka penempatan kerja di negara tetangga dan sebagainya.


· Justeru kerajaan Malaysia sehingga hari ini tidak mengiktiraf dasar Zionis yang diamalkan oleh negara Israel.

Apakah perjanjian ini memberikan kebaikan kepada negara?

· Sudah pasti kedua-dua pihak telah mengkaji kebaikan atau keburukan sebelum perjanjian ditandatangani. Sehingga kini terbukti Kerajaan Malaysia meraih pulangan positif melalui penambahbaikan dalam urusan komunikasi kerajaan serta inisiatif-inisiatif yang memberi outcome positif kepada kerajaan.


· Setakat ini APCO telah berjaya memberi khidmat komunikasi yang terbaik kepada kerajaan Malaysia termasuklah dalam bidang media dan berkomunikasi secara on-line, peranan sokongan dalam tiap-tiap Kementerian, pemindahan kemahiran dalam bidang komunikasi untuk pegawai-pegawai kementerian. APCO telah menggunakan pakar-pakar komunikasi yang terhebat yang mempunyai hubungan baik dengan negara-negara maju.


· APCO juga telah berjaya mengadakan 28 sesi latihan dalam bidang-bidang komunikasi kepada 140 penjawat awam dari 14 kementerian. Latihan-latihan ini telah dikendalikan oleh pakar-pakar luar yang berpengalaman.


· Walau bagaimanapun segala latihan yang diberikan oleh APCO adalah terbatas serta sentiasa dipantau oleh jabatan-jabatan yang terlibat supaya tujuan asal latihan itu dapat direalisasikan peraturan yang telah ditetapkan tanpa penyelewengan.

Kenapa Ketua Pembangkang Beria-ia Menimbulkan isu APCO Dalam Dewan Parlimen Pada Mac 2010?

· DSAI yang mengepalai pembangkang memang bercita-cita besar untuk ke Putrajaya. Justeru itu beliau menggunakan pelbagai cara dan strategi untuk memenuhi cita-citanya. Beliau juga seorang yang licik dalam memanipulasikan isu.


· Beliau sengaja menyamakan 1 Malaysia dengan 1 Israel kerana ingin menarik perhatian dari dalam dan luar dewan bagi melindungi keburukan yang dilakukan oleh beliau terutamanya isu liwat dan perpecahan yang berlaku di dalam parti PKR pimpinannya. Penarikan diri beberapa wakil rakyat dari PKR dengan menjadi wakil rakyat bebas turut memberi tekanan kepada beliau.


· DSAI juga bimbang apabila 1Malaysia semakin diterima baik oleh rakyat Malaysia. Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia bersatu padu dan sekali gus memberi keyakinan kepada pelabur-pelabur asing untuk melabur dalam negara.

Siapakah yang menerajui APCO Worldwide di Malaysia dan di sektor Asia?

· Paul Stedlen adalah Pengarah Urusan APCO di Malaysia . Beliau adalah bekas wartawan dan pernah mengetuai Jabatan perhubungan Media dan jurucakap bagi APCO London. Beliau pernah bertugas di BBC dan menulis untuk akhbar The Times of London dan majalah Prospect.


Di negara manakah lagi APCO Worldwide beroperasi?

· APCO Worldwide menjalankan operasi di serata dunia termasuk di Asia Barat. APCO mempunyai pejabat-pejabat di bandar-bandar seperti di Bangkok, Guangzhou, Ho Chi Minh City, Jakarta, Mumbai, Shanghai, Beijing, Hanoi, Hong Kong, New Delhi, Singapura selain di Kuala Lumpur.


Adakah APCO Terlibat Dalam Pencetusan Konsep 1 Malaysia?

· Apa yang dihebohkan dalam Parlimen oleh Ketua Pembangkang bahawa 1 Malaysia sama dengan 1 Israel adalah tidak benar kerana Gagasan 1 Malaysia telah dicetuskan pada September 2008 iaitu sebelum APCO dilantik pada 2009 oleh pejabat YAB Perdana Menteri.

Apakah yang telah dilakukan APCO Untuk Kerajaan Malaysia Dan Pemimpinnya?

· APCO telah melaksanakan projek-projek yang ditawarkan kepadanya walaupun secara Ad-hoc terutamanya bidang komunikasi. Sebenarnya APCO mempunyai sejarah yang lama di rantau Asia. APCO pernah membantu negara-negara ekonomi bertaraf maju di Asia seperti Hong Kong dan Singapura.


· APCO amat berkait rapat dengan pembangunan pesat ekonomi negara China dan India. Tugasan paling penting di negara-negara ini termasuk di Malaysia ialah dari segi menaikkan imej negara untuk pembangunan ekonomi agar lebih mampu menarik pelaburan luar. Ini banyak dilakukan melalui bidang komunikasi dan rangkaian global yang banyak membantu.


· Sehingga kini, APCO tidak terlibat dalam menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan YAB Perdana Menteri dan juga YAB Timbalan Perdana Menteri.

APAKAH HUBUNGAN APCO DENGAN KERAJAAN MALAYSIA?

· Tiada hubungan istimewa antara syarikat APCO dengan Kerajaan Malaysia selain kerajaan hanya memberi tender kepada sebuah syarikat untuk melaksanakan kerja yang berkaitan.


· APCO yang ditubuhkan pada 1984 merupakan sebuah syarikat komunikasi global yang bebas dan mempunyai ibu pejabatnya di Washington DC. APCO juga mempunyai cawangan di banyak negara termasuklah United Kingdom dan Malaysia.


· APCO menawarkan perkhidmatan dalam bidang media seperti penambahbaikan penyampaian maklumat kepada rakyat dengan menggunakan tatacara terbaru dan memberi penumpuan kepada perkara-perkara penting yang diperlukan termasuklah maklumat-maklumat mengenai pekerjaan, pelaburan asing, pelajaran dan perkhidmatan penghantaran kepada rakyat.


· APCO juga mempunyai keupayaan untuk memberi khidmat dalam bidang-bidang latihan seperti peningkatan kebolehan komunikasi, menyebarluaskan maklumat-maklumat tentang kegiatan Kementerian kepada pihak media, rakyat dan stakeholders, meningkatkan keupayaan kerajaan untuk mengukuhkan komunikasi di peringkat antarabangsa khususnya dalam perkara-perkara melibatkan dasar-dasar kerajaan.

Friday, March 9, 2012

"REALITI ROYALTI MINYAK PETROLEUM DI SABAH"

PR berjanji nak menaikkan royalti minyak petroleum dari 5% kepada 20% manakala STAR pula 50%..punya la syok bila kita dengar macam ni kan? seolah olah its only about numbers..

REALITInya....

pembahagian keuntungan yang dipersetujui oleh kerajaan negeri Sabah, persekutuan dan juga syarikat konsesi carigali minyak dalam Perjanjian Kontrak Perkongsian Pengeluaran atau dalam english di sebut Production Sharing Contract (PSC), adalah seperti berikut:-

State = 5%
Federal = 5%
Kos penerokaan dan pengeluaran = 30%
Syarikat konsesi carigali minyak (Petronas, Shell, Esso, BP, Murphy) = 60%

..siapa kata federal dapat 95%??

Petronas dan syarikat petroleum asing telah melabur berpuluh-puluh billion ringgit untuk meneroka dan mengeluarkan sumber minyak dan gas dari perairan Sabah. Logik la juga kalau mereka ini entitle kepada 60% keuntungan untuk dibahagi-bahagikan kepada pemegang saham konsesi.

Anwar bukan tak tahu ni semua, dia tahu...tapi sengaja nak spin. apa dia fikir rakyat sekarang bodoh ke tak tau mana nak dapat maklumat dan fakta?

anwar juga dengan lantang tabur janji di setiap sesi ceramah dia pada orang-orang tertentu dengan mengatakan sabah akan dapat royalti sebanyak 20% kalau PR menang di sabah..persoalannya, dari manakah sumber dia nak tambah sebanyak 15% lagi tuh??

dari kos pengeluaran?? alamat menurun la jumlah pengeluaran nanti...
dari kos penerokaan?? alamat menurun la produktivi carigali minyak...siapa nak bayar??
dari keuntungan syarikat konsesi minyak?? besar kemungkinan kita akan disaman kat world court sebab langgar perjanjian dan kontrak asal..

huru hara kan? inikah yang anwar cadangkan untuk masa depan sabah?? inikah yang STAR cadangkan yang kononnya perjuangkan hak rakyat Sabah??

its not about NUMBERS!! kami rakyat sabah bukan bodoh!! dan kami rakyat sabah tidak mau diperbodohkan oleh PKR ke (haprak)..,STAR ke (parti buangan sarawak nak masuk sabah????)..,UBF ke (kabur-kabur pandangan)..,SPF ke...SAPP ke.... SEMUA PARTI AUTA!!

Wednesday, March 7, 2012

"PERBINCANGAN MENGENAI PERKARA 20 SABAH"

5 PERKARA DIKATAKAN TIDAK RELEVEN DAN PERLU DIKAJI SEMULA :-

1. PERKARA 1 – AGAMA
Walaupun tiada bantahan terhadap agama Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia akan tetapi agama rasmi sepatutnya tidak diadakan di Borneo Utara, dan segala perundangan mengenai agama Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaya tidak harus digunakan di Borneo Utara.

--> Dakwaan Datuk Patrick Sindu:-
"Jelas kerajaan Persekutuan telah mencabuli hak-hak istimewa rakyat Sabah khususnya dalam Perkara 1, buktinya sahaja setiap program kerajaan Persekutuan & Negeri akan dimulakan dengan bacaan doa sedangkan penduduk Sabah mempunyai kepercayaan agama masing-masing dan tidak wajar dikatakan agama Islam adalah agama rasmi di negeri ini."


>> TAHUKAH ANDA?
Pada tahun 1971, perlembagaan bagi agama untuk negeri Sabah telah diubah kepada Perlembagaan 5a iaitu agama Islam menjadi agama rasmi bagi negeri Sabah yang di sokong oleh kabinet negeri di bawah kerajaan Perikatan yang mendapat sokongan 2/3 majoriti pada ketika itu.Rentetan daripada perubahan tersebut, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) diwujudkan untuk mentadbir hal ehwal agama Islam di negeri Sabah.<<

--------------------------------------------------

2. PERKARA 7 – HAK MEMISAH ATAUPUN MENARIK DIRI
Hak untuk memisah atau menarik diri dari persekutuan seharusnya tidak wujud.

--> Dakwaan Datuk Patrick Sindu:-
"Perjanjian ini dikatakan tidak sah bila Brunei tidak menandatangani perjanjian dan Singapura telah menarik diri sedangkan perjanjian ini jelas bahawa mana-mana negeri yang menarik diri akan terbatal dan tidak lagi sah."

>> TAHUKAH ANDA?
Perkara 7 di dalam “20 Perkara Sabah” bermaksud Perkara 7 tidak boleh diubah oleh kabinet negeri mahupun persekutuan kerana di dalam perjanjian tersebut telah dipersetujui syarat bahawa apabila Sabah telah memasuki Malaysia, Sabah mensyaratkan agar tidak dikeluarkan daripada kerajaan Malaysia. Ini kerana semasa rundingan ini dilakukan oleh ketua-ketua pemimpin negeri Sabah ketika itu, berasa khuatir sekiranya Sabah dipisahkan daripada Malaysia setelah diberi kemerdekaan, kerana pada masa tersebut negeri Sabah juga dituntut oleh kerajaan Indonesia dan Filipina dan berlakunya kacau bilau kerana ingin merebut Sabah untuk dijadikan jajahan takluk mereka.<<

--> Dakwaan Datuk Patrick Sindu:-
"Bahawa Perjanjian Malaysia adalah BATAL DAN TIDAK SAH apabila Brunei tidak menandatangani dokumen tersebut selepas 11 jam."

>> TAHUKAH ANDA?
Dakwaan ini adalah tidak benar. Ramai orang berpendapat bahawa Brunei juga sebagai pihak yang terlibat secara langsung dalam Pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Namun hakikatnya Brunei hanya bertindak sebagai PEMERHATI dalam pembentukan tersebut. Brunei juga tidak terlibat di dalam Inter-Governmental Meeting (IGC). Isu Perjanjian Malaysia tidak sah adalah tidak relevan. Brunei tidak menandatangani Perjanjian Malaysia bukanlah satu isu
kerana Brunei tidak pernah berniat untuk memasuki Penubuhan Malaysia. Brunei juga tidak pernah dijemput untuk menganggotai Malaysia. Ini adalah kerana Brunei mempunyai satu sistem kerajaan yang berbeza dengan Malaysia iaitu Sistem Monarki yang tidak menjalankan demokrasi berparlimen mahupun pilihan raya.<<

--> Benarkah Perjanjian Malaysia terbatal selepas Singapura menarik diri pada tahun 1965?

>>TIDAK BENAR SAMA SEKALI.
Penarikan diri oleh Singapura daripada Malaysia adalah atas persetujuan bersama antara Parlimen Malaysia dan Parlimen Singapura. Ini disebabkan oleh desakan People Action Party (PAP) Singapura yang ingin menunjukkan kuasanya di seluruh pelosok Malaysia dan ingin mendominasi pengundi Cina seterusnya mengambil alih peranan MCA. Dan perkara ini telah melahirkan rasa tidak puas hati MCA yang berada di dalam Parti Perikatan pada masa itu. Oleh kerana ada perselisihan dalam perkara tersebut, Parlimen Malaysia pada masa itu secara majoriti bersetuju untuk mengeluarkan Singapura daripada Malaysia. Pada masa yang sama Parlimen Singapura juga telah bermesyuarat dan memutuskan keluar daripada Penubuhan Malaysia pada tahun 1965. Maka dengan itu, penarikan diri Singapura adalah Sah dari sisi undang-undang atas persetujuan bersama antara Malaysia dan Singapura. <<

-----------------------------------------------------------

3. PERKARA 9 – PEGAWAI-PEGAWAI BRITISH
Segala usaha harus dibuat untuk menggalakkan pegawai-pegawai British meneruskan perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diganti oleh orang-orang tempatan yang berkelayakan.

--> Dakwaan Datuk Patrick Sindu:-
"Sehingga kini dikatakan jawatan-jawatan penting di peringkat persekutuan yang ada di negeri Sabah masih dimonopoli oleh Pegawai Semenanjung sedangkan pada masa kini semakin ramai anak tempatan Sabah mempunyai kelulusan tinggi dan adalah wajar mereka menyandang jawatan-jawatan tersebut."

>>TAHUKAH ANDA?
Sehingga Julai 2011, seramai 53 orang anak tempatan Sabah telah dilantik sebagai Ketua Jabatan dan Ketua Badan Berkanun di dalam agensi dan jabatan Persekutuan di Sabah. Jumlah keseluruhan jawatan Persekutuan di Sabah ialah 130 dan ini terbukti bahawa anak tempatan Sabah telah memegang jawatan Persekutuan sebanyak 41% daripada jumlah tersebut. Senario ini jelas menunjukkan kerajaan persekutuan menitikberatkan keupayaan serta kemahiran yang dimiliki oleh anak watan Sabah, malahan pertambahan ini berlaku dari semasa ke semasa.<<

-----------------------------------------------------------

4. PERKARA 14 – JANGKAMASA PERALIHAN
Sepatutnya tujuh tahun dan dalam masa ini kuasa perundangan mesti dibiarkan kepada kerajaan negeri mengikut perlembagaan dan bukan diamanahkan kepada kerajaan negeri oleh kerajaan persekutuan.

--> Dakwaan Datuk Patrick Sindu:-
"Sehingga kini kerajaan negeri tidak dapat mengurus dan mentadbir mengikut acuan sendiri serta banyak keputusan penting dalam membangunkan negeri Sabah perlu mendapat kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan."

>>TAHUKAH ANDA?
Agreemant Malaysia yang ditandatangani dokumennya di London, perlu melaksanakan Akta Malaysia untuk menubuhkan Kerajaan Malaysia ketika itu. Perkara ini telah dimasukkan di dalam Artikel 1: iaitu artikel ini menerangkan bahawa negeri-negeri yang terlibat dalam Persekutuan Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak setaraf dengan negeri-negeri di dalam Malaysia. Ini menunjukkan bahawa Sabah, Sarawak, negeri-negeri di dalam Persekutuan Malaya dan Singapura adalah satu komponen negeri di dalam Malaysia. Kenyataan pihak pembangkang yang menyatakan Sabah adalah sama taraf dengan kerajaan Malaysia adalah tidak benar sama sekali dan menyalahi perlembagaan dalam Akta Penubuhan Malaysia.

“20 Perkara Sabah” adalah 20 tuntutan yang telah dimasuk dan diserap ke dalam undang-undang perlembagaan negara Malaysia sekarang. Namun perkara ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar, jika kita mengkaji perundangan perlembagaan Malaysia sekarang, “20 Perkara Sabah” memang telah dilaksanakan didalam perundangan negeri Sabah mahupun kerajaan persekutuan. Selepas 10 tahun Sabah menyertai Malaysia, dan sehingga kini, 48 tahun Sabah Merdeka di dalam gagasan Malaysia . Sabah tidak pernah lagi berdepan dengan satu situasi cemas yakni tidak berlaku konfrontasi antara rakyat Sabah kepada kerajaan persekutuan. Kehidupan harmonis menjadi pegangan utama rakyat Sabah dan inilah bukti mengapa pada tempoh tersebut tidak ada pungutan suara untuk mengkaji semula Perjanjian Malaysia. Sabah bukan sahaja hidup aman damai tetapi kini mengecapi nikmat pembangunan infrastruktur secara berperingkat-peringkat dan ini adalah usaha bersama di antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.<<

-----------------------------------------------------------------

5. PERKARA 15 – PELAJARAN
Sistem pelajaran yang wujud sekarang harus diteruskan dengan itu ia harus diletakkan di bawah kawalan kerajaan negeri.

--> Dakwaan Datuk Patrick Sindu:-
"Kerajaan negeri berhak untuk menentukan sistem pelajaran sendiri demi melahirkan graduan yang berupaya untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Sehubungan itu dapat menarik pelajar-pelajar luar negara sebagaimana pendekatan yang digunakan oleh Singapura."

>>TAHUKAH ANDA?

Dalam Perjanjian Malaysia 1963, telah menjelaskan bahawa sistem pelajaran di Sabah hanya boleh ditadbir urus oleh kerajaan negeri selama 10 tahun kemudian ia perlu diserahkan kepada kerajaan persekutuan agar sistem pembelajaran yang bersepadu dan diselaraskan diseluruh Malaysia. Jika sistem pendidikan Sabah pada masa ini tidak baik dan tidak memberi manfaat kepada rakyat Sabah maka tidak akan wujud beberapa intitutusi pengajian tinggi yang diiktiraf seperti Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi Mara (UiTM), kolej-kolej swasta yang kini dapat melahirkan ramai graduan yang mampu berdaya saing. Buktinya sahaja pelantikan Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Haji Ampon, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah dan Y.Bhg. Datuk Dr. Haji Muhiddin Yusin, Pengarah Pelajaran Sabah di Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Kedua-duanya adalah anak watan negeri Sabah sendiri, justeru merekalah orang yang bertanggungjawab dalam menentukan bidang pembelajaran negeri Sabah pada hari ini.

----------------------------------------------------------------


KESIMPULAN

20 Perkara adalah draf tuntutan yang di bawa ke IGC untuk diserapkan ke Perjanjian Malaysia pada tahun 1963 di London. Anggapan bahawa 20 Perkara adalah sebuah perjanjian yang sah dan telah ditandatangani oleh pemimpin terdahulu adalah tidak benar sama sekali. Rakyat Sabah seharusnya berasa bertuah kerana negeri Sabah mendapat kemerdekaan di dalam Malaysia serta kebijaksanaan pemimpin terdahulu menyertai Gagasan Malaysia harus diwar-warkan agar memberi kefahaman dan kesedaran kepada rakyat Sabah itu sendiri.

Sebagai contoh, sekiranya pada hari ini kita sebagai negeri di bawah naungan negara Indonesia. Apakah nasib kita pada hari ini? Tidak perlu pergi jauh, kita lihat sahaja nasib orang-orang Tarakan dan Nunukan berbanding kita di Sabah, perbezaan amat ketara sekali. Sedangkan kedudukan tanah mereka dan kita hanya bersempadan sahaja.

Sekiranya pada hari ini kita merdeka di bawah naungan kerajaan Filipina, terbelakah nasib kita? Sedangkan rakyatnya juga lari ke Sabah untuk mendapatkan perlindungan dan peluang pekerjaan. Persoalan-persoalan dan infomasi sebegini harus diamati oleh pemikiran segenap generasi hari ini agar membuka mata dan tidak mudah terpesong dengan dakyah-dakyah pembangkang yang hanya memperjuangkan kepentingan peribadi dengan



Sumber:-

1. Y.Bhg. Tan Sri Dr Herman Luping
-individu yang terlibat di dalam membuat 20 Perkara Sabah.

2. YB. Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur
-Peguam merangkap ADUN N.50 Lahad Datu.

3. Y.Bhg. Datuk Datu Tiga Belas bin Datu Zainal Abidin
-Pengarah Arkib Negeri Sabah.

'APAKAH ITU 20 PERKARA SABAH?"

20 Perkara Sabah mengandungi perkara-perkara seperti berikut:-

PERKARA 1 – AGAMA
Walaupun tiada bantahan terhadap agama Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia akan tetapi agama rasmi sepatutnya tidak diadakan di Borneo Utara, dan segala perundangan mengenai agama Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaya tidak harus digunakan di Borneo Utara.

PERKARA 2 – BAHASA
Bahasa Melayu harus dijadikan Bahasa Kebangsaan Persekutuan. Penggunaan Bahasa Inggeris harus diteruskan untuk tempoh sepuluh tahun selepas Hari Malaysia. Bahasa Inggeris harus digunakan sebagai bahasa rasmi Borneo Utara untuk semua tujuan berkaitan dengan negeri dan persekutuan, tanpa had masa.

PERKARA 3 – PERLEMBAGAAN
Walaupun Perlembagaan Persekutuan Malaya diterima sebagai asas untuk membentuk Perlembagaan Malaysia, akan tetapi Perlembagan Malaysia seharusnya dipersetujui oleh pergabungan negeri-negeri bebas dan sepatutnya bukan sesuatu susunan pindaan kepada sebuah
perlembagaan yang telah digubal dan dipersetujui oleh negeri-negeri yang berasingan di dalam keadaan yang berlainan sekali. Satu perlembagan baru untuk Borneo Utara sewajarnya amat diperlukan.

PERKARA 4 – KETUA PERSEKUTUAN
Ketua (Yang Di Pertua Negeri) Borneo Utara tidak layak untuk dipilih sebagai Ketua Persekutuan.

PERKARA 5 – NAMA PERSEKUTUAN
“Malaysia” bukan “Melayu Raya”.

PERKARA 6 – IMIGRASI
Kawalan ke atas penghijrahan dari luar ke mana-mana tempat di Malaysia seharusnya terletak dibawah kuasa kerajaan pusat tetapi kemasukan ke Borneo Utara sepatutnya juga memerlukan persetujuan Kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya berkuasa membatalkan kemasukkan sesiapapun ke dalam Borneo Utara kalau ia berkaitan dengan urusan kerajaan negeri kecuali atas sebab-sebab keselamatan sahaja. Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa
yang tidak terhad ke atas pergerakkan seseorang, kecuali mereka yang bertugas di bawah kerajaan persekutuan daripada tempat-tempat lain Malaysia di Borneo Utara.


PERKARA 7 – HAK MEMISAH /MENARIK DIRI
Hak untuk memisah atau menarik diri dari Persekutuan seharusnya tidak wujud.


PERKARA 8 – JAWATAN KERAJAAN AWAM
Proses untuk melantik orang-orang tempatan ke dalam perkhidmatan awam negeri Borneo Utara seharusnya diujudkan secepat mungkin.

PERKARA 9 – PEGAWAI-PEGAWAI BRITISH
Segala usaha harus dibuat untuk menggalakkan pegawai-pegawai Birtish untuk meneruskan perkhidmatan mereka dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diganti oleh orang-orang tempatan yang berkelayakan.

PERKARA 10 – KEWARGANEGARAAN
Tertakluk kepada pindaan berikut, cadangan dalam Laporan Cobbold seharusnya menentukan hak kewarganegaraan penduduk Borneo Utara di dalam Persekutuan: Perenggan kecil (I) seharusnya tidak mengandungi syarat mengenai penetapan selama 5 tahun. Untuk penyelarasan dengan undang-undang kita, perenggan kecil (II) (a) sepatutnya menyatakan “tujuh daripada sepuluh tahun” dan bukan “lapan daripada dua belas tahun”. Perenggan kecil (II) tidak sepatutnya mengandungi sekatan berkenaan dengan kewarganegaraan ibubapa seseorang yang dilahirkan di Borneo Utara selepas Hari Malaysia semestinya menjadi warganegara Persekutuan.

PERKARA 11 – CUKAI DAN KEWANGAN
Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa ke atas kewangan, tabung pembangunan dan cukai sendiri.

PERKARA 12 – KEDUDUKAN KHAS BANGSA ASLI
Pada prinsipnya bangsa asli Borneo Utara seharusnya menikmati hak keistimewaan seperti yang diberikan kepada Bangsa Melayu di Malaya, tetapi formula yang dipraktikkan di Malaya masa kini tidak semestinya dapat digunakan di Borneo Utara.

PERKARA 13 – KERAJAAN NEGERI
Ketua Menteri harus dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis Perundangan. Borneo Utara seharusnya mempunyai sisitem menteri yang lengkap.

PERKARA 14 – JANGKA MASA PERALIHAN
Sepatutnya tujuh tahun dan dalam masa ini kuasa perundangan mesti dibiarkan kepada Kerajaan Negeri mengikut perlembagaan dan bukan diamanahkan kepada kerajaan negeri oleh kerajaan persekutuan.

PERKARA 15 – PELAJARAN
Sistem pelajaran yang wujud sekarang harus diteruskan dengan itu ia harus diletakkan di bawah kawalan kerajaan negeri.

PERKARA 16 – PERLINDUNGAN KEPADA PERLEMBAGAAN
Tidak ada sebarang pindaan, perubahan atau pembatalan dapat dilakukan oleh Kerajaan Pusat kepada perlindungan-perlindungan yang diberikan khas kepada Borneo Utara tanpa persetujuan kerajaan Borneo Utara. Kuasa ini adalah hak mutlak penduduk negeri ini.

PERKARA 17 – PERWAKILAN DALAM PARLIMEN PERSEKUTUAN
Ini sepatutnya bukan sahaja bergantung kepada jumlah penduduk Borneo Utara tetapi juga kepada keluasan dan keupayaannya, dan dalam mana-mana perkara ia sepatutnya tidak kurang dari jumlah perwakilan dari Singapura.

PERKARA 18 – NAMA KETUA NEGERI
Yang Di Pertua Negara.

PERKARA 19 – NAMA NEGERI
Sabah.

PERKARA 20 – TANAH, HUTAN KERAJAAN TEMPATAN DAN LAIN-LAIN
Bekalan dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai Kuasa Majlis Tanah Persekutuan tidak seharusnya melibatkan Borneo Utara. Seperti itu juga, Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan tidak melibatkan Borneo Utara.


...bersambung...

"SEJARAH 20 PERKARA SABAH"

Selepas Tunku Abdul Rahman mengumumkan Pembentukan Malaysia,Tun Donald Stephens adalah orang yang pertama membantah Pembentukan Gagasan Malaysia ini. Pada masa itu beliau merupakan Pemimpin United National Kadazan Organization (UNKO).

Tun Donald ataupun Tun Fuad Stephens bekerjasama dengan Brunei dan Sarawak untuk menghantar memorandum kepada Secetary General United Nation di New York untuk membantah Pemubuhan Gagasan Malaysia.

Tun Fuad juga pada ketika itu telah mengeluarkan kenyataan akhbar di surat-surat khabar tempatan di Sabah bahawa pembentukan Malaysia hanyalah satu konspirasi di antara British dan Malaya untuk menjajah Sabah ataupun Borneo secara amnya.

Namun begitu, Tun Fuad telah menghadiri Persidangan Parlimen Komanwel di Singapura. Di mana ketika itu, Lee Kuan Yew Perdana Menteri Singapura telah menerangkan kebaikan-kebaikan yang diperolehi sekiranya menyertai Pembentukan Malaysia pada ketika itu.

Sekembalinya Tun Fuad ke Sabah beliau melihat semula Pembentukan Malaysia kerana beliau
sedar banyak kebaikan jika Sabah menyertai pembentukan tersebut. Selepas itu, Tun Fuad telah pergi ke Kuala Lumpur untuk bertemu Tunku Abdul Rahman.

Sekembalinya beliau ke Sabah, beliau telah membentuk The Malaysian Solidarity Consultative Committee (MSCC).MSCC ini dipengerusikan oleh Tun Fuad yang berfungsi untuk meneliti kebaikan-kebaikan Sabah menyertai Pembentukan Malaysia.

Selepas banyak pertemuan dilakukan MSCC mendapati bahawa Pembentukan Malaysia adalah sesuatu perkara yang realistik dan akan membawa kebaikan kepada rakyat Sabah.

Selepas MSCC, Suruhanjaya Cobbolt ditubuhkan yang terdiri daripada Lord Cobbolt yang mewakili British, Tun Ghazali Shafie dan seorang bekas Ketua Menteri Penang. Mereka telah bergerak ke seluruh pelusuk Sabah dan mendapati 1/3 daripada rakyat Sabah menyokong Penubuhan Malaysia, 1/3 tidak menyokong, dan 1/3 lagi tidak mengetahui mengenai Penubuhan Malaysia tersebut.

Walau bagaimanapun, menurut laporan Lord Cobbolt, hasil daripada tinjauan mereka di seluruh kawasan Sabah dan Sarawak belum bersedia dan sepatutnya diberikan kemerdekaan terlebih dahulu sebelum membentuk Malaysia. Namun setelah rundingan dibuat Lord Cobbolt setuju menandatangani penyata hasil dapatan mereka menjelajah ke seluruh pelusuk Sabah pada masa itu.

Selepas itu, Load Lawnsdowne Committee yang dipengerusikan oleh Lord Lawnsdowne dan Tunku Abdul Rahman sebagai timbalan pengerusi pada ketika itu, ahli-ahlinya terdiri daripada UNKO, ECA, dan USNO. Pada masa itu Tun Fuad telah dipilih sebagai jurucakap untuk menyuarakan suara-suara pemimpin tempatan Sabah. Pada ketika itu juga semua pemimpin tempatan telah bersetuju bahawa mereka akan membawa 20 Perkara Sabah ke IGC.

20 Perkara merupakan persetujuan bersama ke semua pemimpin parti politik Sabah yang diketuai oleh Tun Fuad Stephens (Kadazan Dusun) Tun Mustapah (Bumiputera Islam) dan Datuk Goh Sia Chu (Cina).

Selepas rundingan demi rundingan dibuat di IGC, dan selepas 20 Perkara Sabah diteliti satu persatu, hasilnya 20 Perkara Sabah tersebut diserap ke Perjanjian Malaysia pada tahun 1963 yang ditandatangani di London oleh British, Malaya, Sarawak,Sabah dan Singapura.

Perjanjian Malaysia yang telah ditandatangani dokumennya di London oleh wakil dari United Kingdom, wakil Malaya Tunku Abdul Rahman, wakil Sabah Tun Mustapha, wakil Sarawak dan juga wakil Singapore pada tahun 1963.

Buku hasil tulisan Tun Ghazali Shafie mengenai 20 Perkara Sabah dan kaitannya dengan Brunei adalah satu bahan rujukan yang terbaik sekiranya ingin mengetahui lebih terperinci mengenai kewujudan 20 Perkara Sabah ini.



RAMAI RAKYAT SABAH BERANGGAPAN BAHAWA 20 PERKARA INI ADALAH SEBUAH DOKUMEN PERJANJIAN YANG SAH DAN TELAH DITANDATANGANI .

Namun sebenarnya, 20 PERKARA merupakan syarat-syarat yang telah dikemukakan oleh North Borneo yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin atau wakil North Borneo semasa merundingkan penyertaan Sabah ke dalam Gagasan Malaysia pada tahun 1962 hingga 1963.

20 Perkara adalah satu dokumentasi yang tidak ditandatangani. Ia merupakan satu dokumen yang mendrafkan senarai 20 tuntutan untuk menjadi syarat penyertaan Sabah ke dalam Gagasan Malaysia.


....bersambung...

Tak usah takut...

"Menjadi penakut memalukan. Bangsa yang penakut tidak boleh dibanggakan. Janganlah kita sengaja menjadikan bangsa kita bangsa penakut. Sebaliknya cubalah supaya bangsa kita jadi lebih berani. Ahli-ahli politik pun tak usahlah cari bomoh kerana ingin menang. Bukan bomoh yang boleh beri kemenangan. Budi yang baik, tingkah laku yang sopan, keperihatinan akan masalah yang dihadapi rakyat yang boleh memberi kemenangan dan kejayaan." --> memetik tulisan Tun M dan saya suka untuk mengongsikannya...

nampaknya khurafat dan sihir ini masih menjadi amalan yang popular di kalangan orang yang terdesak mendapatkan sesuatu yang dihajati. antara lain amalan-amalan khurafat yang masih diamalkan dalam masyarakat Islam adalah:-

1. Percaya tangkal azimat boleh menahan bahaya
2. Percaya binatang tertentu boleh bawa sial atau tuah
3. Percaya adanya tempat tertentu yang dianggap keramat dan mampu menyempurnakan hajat
4. Mandi bunga untuk cepat dapat jodoh
5. Majlis lenggang perut bagi wanita yang mengandung anak sulung

dan sebagainya....banyak lagi kalau diikut amalan kepercayaan atau adat yang sering kita lihat berlaku di mana-mana..lama-lama perlakuan ini menjadi kebiasaan pula pada sesetengah orang ia juga boleh secara automatik menjadi adat kepada mereka..namun saya percaya adat dan kepercayaan adalah dua perkara yang berbeza..bukan ka?

antara sebab khurafat dan sihir ini dilarang dalam Islam adalah:-

1. Boleh rosakkan iman seseorang
2. Boleh timbulkan fitnah dalam masyarakat sekaligus menghalang kemajuan dalam negara
3. Bomoh atau tukang sihir akan jadi takbur, angkuh dan sombong kerana percaya dia ada kuasa luarbiasa sekaligus berlaku zalim kepada mangsa
4. Boleh sebabkan akidah rosak kerana bergantung sepenuhnya kepada kuasa makhluk ghaib
5. Penganiyaan kepada manusia lain
6. Menyekat kebebasan masyarakat untuk berfikir lebih positif

ahli politik adalah seorang yang sepatutnya membawa imej baik dan perlu dicontohi. tidak perlulah berprasangka buruk terhadap sesuatu musibah seperti fitnah, dendam atau seumpamanya yang boleh menyebabkan diri sendiri terjerat akibat kesannya.

jadilah seorang yang diperlukan..jika sudah tidak diperlukan lagi maka bermuhasabah la diri bukan dok asyik nak jatuhkan orang lain pula..main bomoh pula..sabotaj sana sabotaj sini..terima seadanya, insyaAllah aman dunia..

naaaaaa.......ini produk lama suda baaaa......reject punya.....ngam la ini kana sale sanaaaa....dulu reject! sekarang pun reject juga laa..!!

Wednesday, February 15, 2012

BR1M bukan rasuah

>>>SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 adalah rasuah dari Kerajaan.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata bantuan itu adalah untuk meringankan beban rakyat, terutama golongan miskin. "Itu (BR1M) bukan rasuah," kata beliau semasa sesi soal jawab mengenai 'Memperkukuh Integriti dan Menghapus Penipuan Perolehan' pada Forum Perolehan Kebangsaan untuk Sektor Awam dan Swasta 2012 di sini hari ini. Beliau berkata terpulang pada rakyat untuk memutuskan sama ada mereka puashati dengan usaha kerajaan itu dan bukan menerusi dakwaan parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan.

"Jika mereka (rakyat) tidak menyukainya, beritahu (kerajaan), biarkan orang ramai membuat keputusan," kata beliau. Abu Kassim berkata negara-negara Barat juga ada melaksanakan skim seumpama itu. (Bernama)<<<

...dah namanya mangkuk hayun..tak paham-paham lagi ka ni BR1M bukan rasuah..tah-tah orang yang cakap ni rasuah pun ambil juga baucar BR1M..heheee.... buah mengkudu buah nenas, dah la buduh bikin lagi orang panas..

UCAPAN WAKIL USNO AGENDA BORNEO PELANCARAN PARTI STAR KENINGAU 11.02.2012



Soalan: Dia kata penyempurnaan penyatuan semua suku kaum di Sabah...?

Jawapan: Siapa yang lantik dia jadi speaker membawa semua suku kaum di Sabah bersatu? Apakah
selama ini kita tidak bersatu di Sabah?

Soalan: UMNO tiada perjuangan di Sabah?

Jawapan: Patutnya dia tanya di mana USNO selama ini? Kenapa baru sekarang terhegeh nak bersatu
dengan STAR (parti buangan dari Sarawak)? Dia tak tahu ka STAR kat Sarawak pun tak ble
hidup...?

Soalan: Siapa yang kurangkan kerusi KDMR? Siapa yang bertanggungjawab kurangkan jumlah majoriti
undi KDMR? Siapa yang jual harta rakyat Sabah??

Jawapan: Sebenarnya....dia sendiri takda jawapan! Perjuangkan "perjuangan" yang dia sendiri tak tau
apa nak dijuangkan..? Atau bilang kawan saya perut dia tengah lapar sekarang...STAR nak bagi
dia makan...perjuangan perut sendiri la nampak gayanya...