Wednesday, March 7, 2012

Tak usah takut...

"Menjadi penakut memalukan. Bangsa yang penakut tidak boleh dibanggakan. Janganlah kita sengaja menjadikan bangsa kita bangsa penakut. Sebaliknya cubalah supaya bangsa kita jadi lebih berani. Ahli-ahli politik pun tak usahlah cari bomoh kerana ingin menang. Bukan bomoh yang boleh beri kemenangan. Budi yang baik, tingkah laku yang sopan, keperihatinan akan masalah yang dihadapi rakyat yang boleh memberi kemenangan dan kejayaan." --> memetik tulisan Tun M dan saya suka untuk mengongsikannya...

nampaknya khurafat dan sihir ini masih menjadi amalan yang popular di kalangan orang yang terdesak mendapatkan sesuatu yang dihajati. antara lain amalan-amalan khurafat yang masih diamalkan dalam masyarakat Islam adalah:-

1. Percaya tangkal azimat boleh menahan bahaya
2. Percaya binatang tertentu boleh bawa sial atau tuah
3. Percaya adanya tempat tertentu yang dianggap keramat dan mampu menyempurnakan hajat
4. Mandi bunga untuk cepat dapat jodoh
5. Majlis lenggang perut bagi wanita yang mengandung anak sulung

dan sebagainya....banyak lagi kalau diikut amalan kepercayaan atau adat yang sering kita lihat berlaku di mana-mana..lama-lama perlakuan ini menjadi kebiasaan pula pada sesetengah orang ia juga boleh secara automatik menjadi adat kepada mereka..namun saya percaya adat dan kepercayaan adalah dua perkara yang berbeza..bukan ka?

antara sebab khurafat dan sihir ini dilarang dalam Islam adalah:-

1. Boleh rosakkan iman seseorang
2. Boleh timbulkan fitnah dalam masyarakat sekaligus menghalang kemajuan dalam negara
3. Bomoh atau tukang sihir akan jadi takbur, angkuh dan sombong kerana percaya dia ada kuasa luarbiasa sekaligus berlaku zalim kepada mangsa
4. Boleh sebabkan akidah rosak kerana bergantung sepenuhnya kepada kuasa makhluk ghaib
5. Penganiyaan kepada manusia lain
6. Menyekat kebebasan masyarakat untuk berfikir lebih positif

ahli politik adalah seorang yang sepatutnya membawa imej baik dan perlu dicontohi. tidak perlulah berprasangka buruk terhadap sesuatu musibah seperti fitnah, dendam atau seumpamanya yang boleh menyebabkan diri sendiri terjerat akibat kesannya.

jadilah seorang yang diperlukan..jika sudah tidak diperlukan lagi maka bermuhasabah la diri bukan dok asyik nak jatuhkan orang lain pula..main bomoh pula..sabotaj sana sabotaj sini..terima seadanya, insyaAllah aman dunia..

No comments: