There was an error in this gadget

Tuesday, September 20, 2011

Pemansuhan ISA

ISA atau dalam bahasa Inggerisnya Internal Security Act dirangka awal oleh R.H. Hickling, atau lebih dikenali sebagai Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 merupakan satu undang-undang tahanan pencegahan yang digunakan kerajaan secara konsisten terhadap mereka yang mengkritik kerajaan. ISA juga digunakan sebagai mempertahankan hak asasi manusia sejagat atas niat kesejahteraan, keharmonian dan perpaduan antara kaum.
ISA digunakan untuk membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka serta dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat umum.
Tanggal 15 September 2011, dalam perutusan khas Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan pemansuhan ISA serta merta dan akan menggantikan undang-undang itu dengan yang baru yang dirasakan dan difikirkan lebih bersesuaian dengan hak asasi manusia serta lebih efektif dalam menangani masalah keganasan.
Memang tepat dan berani! Syabas Dato Seri Najib!