Tuesday, April 3, 2012

Adakah Mengambil Khidmat APCO Bertentangan Dengan kehendak agama?

· Jika dilihat daripada perkhidmatan yang ditawarkan oleh APCO kepada Kerajaan Malaysia, tidaklah menjadi kesalahan dari segi agama dan begitu juga undang-undang negara. Apatah lagi ia tidak memudharatkan rakyat malah meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan yang sedia ada.


· Sabda Nabi SAW “Ilmu itu adalah harta mukmin yang hilang, maka perolehilah di mana jua kamu jumpa” Nabi SAW turut bersabda “ Tuntutlah ilmu walau sehingga ke negeri China “.


Apakah Perbezaan Di antara Yahudi dan Zionis?

· Yahudi merupakan satu kaum (bangsa) dari keturunan Nabi Allah Yaakob a.s. yang merupakan pertalian kepada Nabi Allah Ibrahim yang mengamalkan agama yang samawi.


· Zionis pula adalah dari perkataan Zion, nama sebuah bukit di Palestin, sepihak Yahudi dari bukit Zion dinamakan Zionis, dan telah memulakan gerak politik bangsa Yahudi untuk mendiami tanah Palestin dengan segala cara seperti Terror, perang, pembersihan etnik, penyebaran penyakit, membuka penempatan kerja di negara tetangga dan sebagainya.


· Justeru kerajaan Malaysia sehingga hari ini tidak mengiktiraf dasar Zionis yang diamalkan oleh negara Israel.

Apakah perjanjian ini memberikan kebaikan kepada negara?

· Sudah pasti kedua-dua pihak telah mengkaji kebaikan atau keburukan sebelum perjanjian ditandatangani. Sehingga kini terbukti Kerajaan Malaysia meraih pulangan positif melalui penambahbaikan dalam urusan komunikasi kerajaan serta inisiatif-inisiatif yang memberi outcome positif kepada kerajaan.


· Setakat ini APCO telah berjaya memberi khidmat komunikasi yang terbaik kepada kerajaan Malaysia termasuklah dalam bidang media dan berkomunikasi secara on-line, peranan sokongan dalam tiap-tiap Kementerian, pemindahan kemahiran dalam bidang komunikasi untuk pegawai-pegawai kementerian. APCO telah menggunakan pakar-pakar komunikasi yang terhebat yang mempunyai hubungan baik dengan negara-negara maju.


· APCO juga telah berjaya mengadakan 28 sesi latihan dalam bidang-bidang komunikasi kepada 140 penjawat awam dari 14 kementerian. Latihan-latihan ini telah dikendalikan oleh pakar-pakar luar yang berpengalaman.


· Walau bagaimanapun segala latihan yang diberikan oleh APCO adalah terbatas serta sentiasa dipantau oleh jabatan-jabatan yang terlibat supaya tujuan asal latihan itu dapat direalisasikan peraturan yang telah ditetapkan tanpa penyelewengan.

Kenapa Ketua Pembangkang Beria-ia Menimbulkan isu APCO Dalam Dewan Parlimen Pada Mac 2010?

· DSAI yang mengepalai pembangkang memang bercita-cita besar untuk ke Putrajaya. Justeru itu beliau menggunakan pelbagai cara dan strategi untuk memenuhi cita-citanya. Beliau juga seorang yang licik dalam memanipulasikan isu.


· Beliau sengaja menyamakan 1 Malaysia dengan 1 Israel kerana ingin menarik perhatian dari dalam dan luar dewan bagi melindungi keburukan yang dilakukan oleh beliau terutamanya isu liwat dan perpecahan yang berlaku di dalam parti PKR pimpinannya. Penarikan diri beberapa wakil rakyat dari PKR dengan menjadi wakil rakyat bebas turut memberi tekanan kepada beliau.


· DSAI juga bimbang apabila 1Malaysia semakin diterima baik oleh rakyat Malaysia. Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia bersatu padu dan sekali gus memberi keyakinan kepada pelabur-pelabur asing untuk melabur dalam negara.

Siapakah yang menerajui APCO Worldwide di Malaysia dan di sektor Asia?

· Paul Stedlen adalah Pengarah Urusan APCO di Malaysia . Beliau adalah bekas wartawan dan pernah mengetuai Jabatan perhubungan Media dan jurucakap bagi APCO London. Beliau pernah bertugas di BBC dan menulis untuk akhbar The Times of London dan majalah Prospect.


Di negara manakah lagi APCO Worldwide beroperasi?

· APCO Worldwide menjalankan operasi di serata dunia termasuk di Asia Barat. APCO mempunyai pejabat-pejabat di bandar-bandar seperti di Bangkok, Guangzhou, Ho Chi Minh City, Jakarta, Mumbai, Shanghai, Beijing, Hanoi, Hong Kong, New Delhi, Singapura selain di Kuala Lumpur.


Adakah APCO Terlibat Dalam Pencetusan Konsep 1 Malaysia?

· Apa yang dihebohkan dalam Parlimen oleh Ketua Pembangkang bahawa 1 Malaysia sama dengan 1 Israel adalah tidak benar kerana Gagasan 1 Malaysia telah dicetuskan pada September 2008 iaitu sebelum APCO dilantik pada 2009 oleh pejabat YAB Perdana Menteri.

Apakah yang telah dilakukan APCO Untuk Kerajaan Malaysia Dan Pemimpinnya?

· APCO telah melaksanakan projek-projek yang ditawarkan kepadanya walaupun secara Ad-hoc terutamanya bidang komunikasi. Sebenarnya APCO mempunyai sejarah yang lama di rantau Asia. APCO pernah membantu negara-negara ekonomi bertaraf maju di Asia seperti Hong Kong dan Singapura.


· APCO amat berkait rapat dengan pembangunan pesat ekonomi negara China dan India. Tugasan paling penting di negara-negara ini termasuk di Malaysia ialah dari segi menaikkan imej negara untuk pembangunan ekonomi agar lebih mampu menarik pelaburan luar. Ini banyak dilakukan melalui bidang komunikasi dan rangkaian global yang banyak membantu.


· Sehingga kini, APCO tidak terlibat dalam menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan YAB Perdana Menteri dan juga YAB Timbalan Perdana Menteri.

APAKAH HUBUNGAN APCO DENGAN KERAJAAN MALAYSIA?

· Tiada hubungan istimewa antara syarikat APCO dengan Kerajaan Malaysia selain kerajaan hanya memberi tender kepada sebuah syarikat untuk melaksanakan kerja yang berkaitan.


· APCO yang ditubuhkan pada 1984 merupakan sebuah syarikat komunikasi global yang bebas dan mempunyai ibu pejabatnya di Washington DC. APCO juga mempunyai cawangan di banyak negara termasuklah United Kingdom dan Malaysia.


· APCO menawarkan perkhidmatan dalam bidang media seperti penambahbaikan penyampaian maklumat kepada rakyat dengan menggunakan tatacara terbaru dan memberi penumpuan kepada perkara-perkara penting yang diperlukan termasuklah maklumat-maklumat mengenai pekerjaan, pelaburan asing, pelajaran dan perkhidmatan penghantaran kepada rakyat.


· APCO juga mempunyai keupayaan untuk memberi khidmat dalam bidang-bidang latihan seperti peningkatan kebolehan komunikasi, menyebarluaskan maklumat-maklumat tentang kegiatan Kementerian kepada pihak media, rakyat dan stakeholders, meningkatkan keupayaan kerajaan untuk mengukuhkan komunikasi di peringkat antarabangsa khususnya dalam perkara-perkara melibatkan dasar-dasar kerajaan.