Tuesday, October 16, 2012

KRISIS EKONOMI DUNIA 2012

1. Adakah kemungkinan akan berlaku krisis ekonomi 2012 dan apakah puncanya ?
- Ya, ada kemungkinan berulang krisis ekonomi dunia 2008/2009 pada 2012 berikutan perkembangan tidak sihat yang berlaku dalam sistem ekonomi di Eropah dan beberapa negara Barat serta krisis Asia Barat ketika ini.

2. Adakah Malaysia akan menerima kesannya ?
- Ya, sedikit sebanyak Malaysia akan menerima kesannya kerana Malaysia terlibat dengan perdagangan bersama negara-negara Barat walaupun tidak seserius yang dihadapi oleh negara-negara Barat.

3. Adakah negara telah mengambil langkah untuk menghadapi kesan krisis ekonomi ini dan kenapa ?
- Ya, kerajaan telah mengambil langkah-langkah sewajarnya bertujuan mempertahankan dan mengukuhkan ekonomi, khususnya pelaburan asing dan domestik kerana kesan kejatuhan ekonomi dunia 2008 dan 2009 telah menjejaskan usaha membina ekonomi negara dan menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada 2020.

4. Apakah antara langkah yang diambil ?
- Mengukuh dan meningkatkan eksport produk berasaskan teknologi, pembuatan dan perkhidmatan.
- Mengukuh dan mengeksploitasi sepenuhnya kedudukan negara sebagai hub pengeluaran produk makanan halal yang mempunyai potensi dan pasaran besar di seluruh dunia.
- Menarik dan mengukuhkan Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan Pelaburan Dalam Negeri (DDI) dari Januari hingga Oktober 2011, nisbahnya adalah 48.4 (FDI):51.6 (DDI). angka ini bagaimanapun berubah menjadi hampir 50:50.
- Usaha kerajaan menambahbaik iklim pelaburan dalam negara supaya menjadi semakin menarik:-
  • Pelabur tempatan melabur dalam bidang elektrik dan elektronik (E&E), pembuatan besi, petroleum dan petrokimia.
  • Pelabur asing dalam bidang automotif dan alat ganti, besi, fabrikasi, E&E serta petroleum dan petrokimia.
FAKTA:
Malaysia berada di tempat ke-21 tahun ini berbanding 26 tahun lepas daripada segi tarikan dan daya saing dalam menyediakan kemudahan pelaburan yang kondusif. Buktinya:-
Penerimaan pelaburan (FDI dan DDI) dari Januari hingga Oktober 2011
  1. Sarawak (RM7.3B)
  2. Selangor (RM6.8B)
  3. Johor (RM6.7B)
  4. Pulau Pinang (RM5.7B)
  5. Negeri Sembilan (RM3.5B)
  6. Pahang (RM2.9B)
  7. Terengganu (RM1.4B)
  8. Perak (RM966J)
  9. Kedah (RM765J)
  10. Sabah (RM720J)
  11. Kuala Lumpur (RM299J)
  12. Kelantan (RM129J)
  13. Perlis (RM23J)

(sumber)

BORNEOSASI DI SABAH

1. Apakah yang dimaksudkan dengan "Borneosasi" ?

- Borneosasi adalah satu istilah yang digunakan oleh pembangkang untuk mewujudkan sentimen "SABAH FOR SABAHAN".

2. Adakah Isu Borneosasi ini masih relevan di Sabah ?

- Selepas Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia, istilah Borneosasi tidak lagi relevan kerana Sabah telah menjadi negeri-negeri yang membentuk Malaysia.

3. Benarkah dakwaan pembangkang bahawa Sabah tidak mempunyai hak autonomi dalam menentukan arah tuju dasar negara ?

- Tidak benar kerana dalam konteks Persekutuan setiap kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa masing-masing yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
- Dalam menentukan arah tuju dasar negara, wakil semua negeri ada dalam Kabinet Persekutuan dan semua keputusan dibuat secara konsensus. Justeru, tidak timbul lagi soal autonomi.

4. Benarkah dakwaan yang mengatakan jawatn-jawatan penting tertinggi di Sabah dimonopoli dan ditentukan oleh pegawai-pegawai Semenanjung ?

- Di peringkat awal penubuhan Malaysia, memang diakui bahawa jawatan-jawatan Persekutuan di Sabah diisi oleh pegawai-pegawai dari Semenanjung. Bagaimanapun, ini bukan bertujuan untuk memonopoli, tetapi bertujuan untuk melatih pegawai Sabah mengambil alih jawatan penting.
- Sekarang kebanyakan jawatan tinggi Persekutuan di Sabah diisi oleh anak tempatan.
- Sehingga Juali 2011, seramai 60 orang anak tempatan Sabah telah dilantik sebagai Ketua jabatan dan Ketua Badan Berkanun dalam agensi dan jabatan Persekutuan di Sabah.
- Jumlah keseluruhan jawatan Persekutuan di Sabah ialah 130 dan anak tempatan menyandang 46% daripada jumlah tersebut.
- Jumlah ini tidak meliputi jawatan penting di Semenanjung yang diketuai oleh anak-anak Sabah, termasuk jawatan:
Menteri dan Timbalan Menteri,
Peguam Negara,
Speaker Dewan Rakyat,
Timbalan Speaker Dewan Rakyat,
Naib Canselor Universiti, dan;
Duta Malaysia di Luar Negara.

5. Benarkah Perjanjian Penubuhan Malaysia terbatal selepas Singapura menarik diri pada 1965 ?

- Tidak Benar.
- Singapura disingkirkan daripada Malaysia atas persetujuan Parlimen Malaysia.
- Tindakan penyingkiran ini disebabkan People Action Party (PAP) Singapura mempersoalkan kesahihan Perlembagaan Persekutuan dan membangkitkan isu-isu perkauman yang boleh menimbulkan perbalahan serta kacau bilau antara kaum.

6. Adakah amalan membaca doa setiap kali majlis rasmi bermula itu mencabuli hak kebebasan beragama rakyat Sabah ?

- Tidak, ini kerana pada 1971, Perlembagaan Negeri telah dipinda dengan memasukkan Perkara 5(a) iaitu Agama Islam menjadi agama rasmi bagi negeri Sabah.
- Usul ini telah diluluskan oleh Kabinet Negeri yang mendapat sokongan 2/3 majoriti Dewan Undangan Negeri Sabah pada ketika itu. Tindakan ini mencerminkan semangat Perlembagaan Persekutuan.
- Rentetan daripada pindaan tersebut, Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) diwujudkan untuk mentadbir hal ehwal agama Islam di Sabah.

7. Apakah "Perkara 20" dan benarkah ia telah diabaikan selepas pembentukan Malaysia ?

- "Perkara 20" adalah tuntutan dan syarat rakyat Sabah menyertai Malaysia.
-"Perkara 20" bukanlah dokumen yang boleh dilihat secara berasingan daripada Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana tuntutan 20 perkara itu telah diserapkan ke dalam fasal-fasal Perlembagaan Persekutuan contohnya;
status bumiputera Sabah,
hak-hak imigresen,
yang memberi kuasa khusus kepada kerajaan negeri Sabah dan Sarawak seperti yang dituntut di dalam 20 perkara tersebut.
- Oleh yang demikian, tidak timbul isu kononnya kerajaan Persekutuan mengabaikan isu 20 perkara itu.

Friday, September 21, 2012

DAP jelas perlekeh usaha umat Islam bantah filem "Innocence of Muslims"

KUALA LUMPUR, 21 Sept. - Orang Melayu diingatkan supaya tidak terpedaya dengan DAP yang sama sekali tidak berminat memperjuangkan isu-isu sensitif berkaitan Islam yang terbukti dengan tindak-tanduk Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, baru-baru ini.

Baca seterusnya, KLIK SINI

Wednesday, September 19, 2012

DAH BERAK MERATA TAKNAK MENGAKU PULAK!

Heboh dah sekarang berhubung blog yang mengatakan "Tarian sumazau adalah untuk mereka yang berakhlak rendah" ciptaan media SuaraPakatanRakyat baru-baru ini. Pada mulanya mereka berniat menghentam PM Najib yang kononya menari bersama Rosmah akhirnya mengundang PADAH apabila menyentuh kesensitivian rakyat Sabah!

Dan apabila rakyat Sabah mula marah lantaran mereka terus menjadikan BN/UMNO kambing hitam sekali lagi dengan menuduh ip address (yang tidak disahkan kesahihannya oleh badan bertauliah!) adalah milik blogger UMNO?? tak masuk akal.... dah kentut sembunyi bontot!

Baca seterusnya di SINI

Tuesday, April 3, 2012

Adakah Mengambil Khidmat APCO Bertentangan Dengan kehendak agama?

· Jika dilihat daripada perkhidmatan yang ditawarkan oleh APCO kepada Kerajaan Malaysia, tidaklah menjadi kesalahan dari segi agama dan begitu juga undang-undang negara. Apatah lagi ia tidak memudharatkan rakyat malah meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan yang sedia ada.


· Sabda Nabi SAW “Ilmu itu adalah harta mukmin yang hilang, maka perolehilah di mana jua kamu jumpa” Nabi SAW turut bersabda “ Tuntutlah ilmu walau sehingga ke negeri China “.


Apakah Perbezaan Di antara Yahudi dan Zionis?

· Yahudi merupakan satu kaum (bangsa) dari keturunan Nabi Allah Yaakob a.s. yang merupakan pertalian kepada Nabi Allah Ibrahim yang mengamalkan agama yang samawi.


· Zionis pula adalah dari perkataan Zion, nama sebuah bukit di Palestin, sepihak Yahudi dari bukit Zion dinamakan Zionis, dan telah memulakan gerak politik bangsa Yahudi untuk mendiami tanah Palestin dengan segala cara seperti Terror, perang, pembersihan etnik, penyebaran penyakit, membuka penempatan kerja di negara tetangga dan sebagainya.


· Justeru kerajaan Malaysia sehingga hari ini tidak mengiktiraf dasar Zionis yang diamalkan oleh negara Israel.

Apakah perjanjian ini memberikan kebaikan kepada negara?

· Sudah pasti kedua-dua pihak telah mengkaji kebaikan atau keburukan sebelum perjanjian ditandatangani. Sehingga kini terbukti Kerajaan Malaysia meraih pulangan positif melalui penambahbaikan dalam urusan komunikasi kerajaan serta inisiatif-inisiatif yang memberi outcome positif kepada kerajaan.


· Setakat ini APCO telah berjaya memberi khidmat komunikasi yang terbaik kepada kerajaan Malaysia termasuklah dalam bidang media dan berkomunikasi secara on-line, peranan sokongan dalam tiap-tiap Kementerian, pemindahan kemahiran dalam bidang komunikasi untuk pegawai-pegawai kementerian. APCO telah menggunakan pakar-pakar komunikasi yang terhebat yang mempunyai hubungan baik dengan negara-negara maju.


· APCO juga telah berjaya mengadakan 28 sesi latihan dalam bidang-bidang komunikasi kepada 140 penjawat awam dari 14 kementerian. Latihan-latihan ini telah dikendalikan oleh pakar-pakar luar yang berpengalaman.


· Walau bagaimanapun segala latihan yang diberikan oleh APCO adalah terbatas serta sentiasa dipantau oleh jabatan-jabatan yang terlibat supaya tujuan asal latihan itu dapat direalisasikan peraturan yang telah ditetapkan tanpa penyelewengan.

Kenapa Ketua Pembangkang Beria-ia Menimbulkan isu APCO Dalam Dewan Parlimen Pada Mac 2010?

· DSAI yang mengepalai pembangkang memang bercita-cita besar untuk ke Putrajaya. Justeru itu beliau menggunakan pelbagai cara dan strategi untuk memenuhi cita-citanya. Beliau juga seorang yang licik dalam memanipulasikan isu.


· Beliau sengaja menyamakan 1 Malaysia dengan 1 Israel kerana ingin menarik perhatian dari dalam dan luar dewan bagi melindungi keburukan yang dilakukan oleh beliau terutamanya isu liwat dan perpecahan yang berlaku di dalam parti PKR pimpinannya. Penarikan diri beberapa wakil rakyat dari PKR dengan menjadi wakil rakyat bebas turut memberi tekanan kepada beliau.


· DSAI juga bimbang apabila 1Malaysia semakin diterima baik oleh rakyat Malaysia. Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia bersatu padu dan sekali gus memberi keyakinan kepada pelabur-pelabur asing untuk melabur dalam negara.