There was an error in this gadget

Sunday, July 19, 2009

H1N1..adakah is akan berakhir?

Baru-baru ni aku pegi ke program anjuran Puteri UMNO Negeri bertempat di Bangunan UMNO Negeri, Kota Kinabalu. Kalau tak silap & masih ingat nama doktor yang bagi taklimat tu Dr Timothy. Talk yang begitu bernas sekali, namun rasanya tidak cukup masa untuk mengutarakan beberapa soalan yang menjadi tanda tanya..banyak soalan rupanya.

Program-program seperti ini adalah perlu kerana ianya mampu mengelak rasa panik di kalangan rakyat Malaysia dengan berita-berita kematian dan proses kuarantin yang perlu. Apa yang perlu kita tahu mengenai virus ini? Apa yang perlu dilakukan bagi mengelak penularannya? Perlukah setiap seorang dari kita mendapatkan suntikan vaksin Influenza A H1N1 (selsema babi)?

Cukupkah hanya dengan membasuh tangan? Adakah selamat bagi kita untuk berkeliaran di mana-mana? Persoalan ini dapat dijawab dengan baik oleh panel penceramah, Dr Timothy.

Yang perlu kita kongsi bersama adalah, perbezaan selsema babi ini dengan demam/selsema biasa. Dapatkah kita bezakannya? Saya pasti tidak..yang mana akhirnya akan ke klinik juga untuk mendapatkan saringan.

Namun, satu-satunya persoalan saya yang seolah-olah tidak dapat dijawab oleh beliau adalah.. Apakah peratusan kebarangkalian bagi pandemik ini akan berakhir..?

Saturday, July 18, 2009

Azam Puteri UMNO Sabah

Pergerakan Puteri Umno Sabah di bawah pimpinan Musliati Moslimin akan memberi perhatian khusus kepada usaha mendampingi kira-kira 240,000 pengundi muda di negeri ini yang bakal mendaftar sebagai pemilih pada pilihan paya umum ke-13.

Alhamdulillah...itulah yang sebaiknya. Pengundi-pengundi muda ini memang perlu diberi perhatian kerana mereka lebih cenderung untuk menerima dengan mudah apa jua tohmahan dan kutukan pada kerajaan. Bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebung. Mereka ini perlu diberi pendedahan seawal peringkat persekolahan..kalau boleh.

Mereka perlu tahu bahawa kerajaan telah membuat pelbagai usaha untuk memastikan mereka selesa menimbah ilmu di sekolah-sekolah yang disediakan, di tempat yang sesuai. Kerajaan juga telah membekalkan buku-buku teks dan memberi biasiswa kepada mereka yang kurang berkemampuan & tidak kurang kepada yang berkemampuan..

UMNO perlu mengubah cara mendekati rakyat terutama golongan muda dengan mendampingi mereka secara lebih rapat untuk menyelami masalah mereka tanpa banyak protokol. Diharap azam Puteri UMNO Sabah mendekati golongan muda bagi memula langkah menuju PIRU ke 13 akan menambah kekuatan barisan kita.

Saya juga yakin kemenangan akan dicapai sekali lagi jika semua peringkat UMNO melupakan segala permasalahan, merapatkan barisan, berhenti merajuk dan mula berfikir apa yang perlu dibuat untuk meraih sokongan rakyat lebih padu.

Suasana politk positif akan diperolehi jika kita mengamalkan politik sihat dan bersatu menjauhi pelbagai emosi negatif yang wujud dalam diri yang akhirnya hanya akan menghancurkan bangsa kita sendiri.

JW Marriot & Ritz Carlton Jakarta di Bom?

Nauzubillah..
Aku harap perkara sebegini tidak terjadi di bumi bertuah, tanah tercinta tumpah darahku...Malaysia. Aku mendengar berita ini melalui saluran 501 Astro Awani kira-kira jam 5.30 petang ketika sedang memandikan anakku yang sekarang ini sudah berusia 3 bulan..hujung bulan ni 4 bulan la sudah..

Terkejut jugak bila dengar berita tersebut, kerana "mereka-mereka" yang sanggup bergadai nyawa untuk sesuatu yang kurang pasti kini sudah berani menyerang tempat-tempat mewah & elit. Setelah lama berdiam, mereka kini telah kembali..amat menakutkan.

Siapakah dalangnya? Apakah yang dimahunya? Bagaimana mereka merancangnya? Di mana mereka? Bila mereka akan menyerang lagi? Kenapa JW Marriot? Mengikut jadual, beberapa acara besar telah dirancang berdekatan situ, seperti Anugerah Planet Muzik 2009, yang akan melibatkan kehadiran ramai artis Malaysia, Singapura, Filipina & Thailand.. & lawatan kelab bolasepak diminati ramai Manchester United.

Memetik sebagai berkata, Ketua Bahagian Antipengganas Kementerian Keselamatan Indonesia, Ansyaad Mbai, terdapat bukti kukuh bahawa Nordin Mohammaed Top mendalangi serangan itu..Apakah kesahihan dakwaan ini?

Apapun, aku rasa bersyukur yang teramat kerana perkara sebegini tiada di Malaysia..wahai anakku, insyaAllah Tuhan melindungi kita daripada bala bencana & kejahatan duniawi..

Friday, June 26, 2009

Istimewanya Papar..

Terima kasih kerana sudi mampir di blog saya ini. Cerita yang akan saya bawa pada artikel ini adalah pengenalan kepada tempat saya dibesarkan. Papar..apa istimewanya? tidaklah istimewa sangat. Namun, pada saya


Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Guru 2009!

Ms ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik..
Tak kira la guru ke..asal pendidik yg bangga dan tak lokek bg ilmu kat orang..
Ilmu yg berguna tau..! bukan ilmu merosak bangsa! eheheh....

Monday, May 11, 2009

Selamat Hari Ibu 2009 Sedunia!

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu seluruh dunia..!

Tahun ini adalah yg terbaik sekali utk merayakan Hari Ibu, dan Ms amat seronok sekali kerana dapat meraihkannya sebagai seorang ibu.. Ucapan Selamat Hari Ibu beserta hadiah dan sebiji kek secret recipe = "Chocolate Indulgence!" amat mengujakan Ms untuk meraihkannya tahun ini! Semua ini adalah daripada suami tercinta.. terima kasih sayang!

Walaupun anak Ms baru berumur 45 hari, (baby girl lahir pada 28 Mac 2009, seberat 4.63kg) tentu dia juga akan menyanyikan lagu ini..Ibu...ibu, engkaulah ratu hatiku..bila ku berduka, engkau hiburkan selalu..

SAYANG MAMA!!

Sunday, May 3, 2009

Assalamualaikum..

Salam kepada semua yg teman-teman..

Alhamdulillah, Ms bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana melimpahkan rezeki dan rahmat-Nya yg tidak terhingga.. Pada tanggal 28 Mac 2009 bersamaan 1 Rabiulakhir 1430H, jam 9.07 pagi, Ms telah selamat melahirkan..Bayi perempuan seberat 4.63KG yg sihat, cantik dan sempurna..alhamdulillah.. Ms dah jadi mama!!

Sekarang rasa dah kembali pulih. Luka caesarean seminggu dah baik - thanks to Gamat Healin! Pengalaman sepanjang 36 hari (hari ini) adalah amat menakjubkan..feed baby every 2 hours, yes that include am-pm 24hrs a day! Kena bangun lewat malam ke tengah malam ke subuh hingga la ke pagi dan seterus terusnya,..Keletihan itu amat berbaloi dengan melihat baby semakin hari semakin membesar dengan sihat..

Thanks to my mama sebab dia yg mandikan baby, Ms tak pandai la nak mandikan baby..feel fragile!! Tak lama lg Hari Ibu..10 Mei, hug your mum!! Yaaayy....tahun pertama meraihkan hari ibu mesti best! I would like to take this opportunity to wish every woman a Happy Mother's Day 2009!

Ms berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar. Seperti sebelumnya sehingga ke akhirnya..


Saturday, February 7, 2009

RUKUN NEGARA - SENARIO POLITIK PERAK

RUKUN NEGARA adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.

IKRAR - yg sering kita laungkan sejak di bangku sekolah lagi..

Maka kami, RAKYAT MALAYSIA, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:-

1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN
4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN

PENJELASAN:-

1. Kepercayaan Kepada Tuhan
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang BERDAULAT.

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa ISLAM ialah AGAMA RASMI Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali.

Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

3. Keluhuran Perlembagaan
Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.

Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

4. Kedaulatan Undang-undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa.

Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

5. Kesopanan dan Kesusilaan
Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

Tuesday, February 3, 2009

AKHLAK YANG BURUK

TALAM DUA MUKA

Daripada Abu Hurairah r.a.,
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda,
"Kamu mendapati antara manusia yang terjahat
adalah yang bermuka dua,
ia mendatangi kelompok ini dengan satu wajah
dan mendatangi kelompok lain
dengan wajah yang lain."

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

MENAMPILKAN IMEJ BURUK

Daripada Aishah r.ha.,
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda,
"Sesungguhnya manusia yang paling buruk kedudukannya
di sisi Allah ialah orang yang ditinggalkan oleh
manusia lain kerana khuatir dengan kejahatan dirinya."

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

BERBOHONG DAN MEMBUAT PERANCANGAN JAHAT

Daripada Abdullah bin Mas'ud al-Ansari r.a.,
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda,
"Sesiapa yang menipu kami bukanlah daripada golongan kami;
dan balasan bagi perancangan jahat dan tipu daya
adalah neraka."

(Riwayat al-Tabrani)

ORANG-ORANG MUKMIN UMPAMA SATU BINAAN

Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a.,
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda
"Sesungguhnya seorang mukmin kepada
mukmin yang lain adalah seperti satu binaan,
sebahagiannya menyokong sebahagian yang lain"

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

SABAH NEGERI BAWAH BAYU

Nama Sabah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Bristish ke Pulau Borneo lagi. Pihak British menukarkannya sebagai Borneo Utara dan digunakan secara rasmi semenjak tahun 1881. Sabah telah digunakan semula pada tahun 1963 setelah Sabah masuk ke dalam Malaysia.

Terdapat banyak variasi bagaimana nama Sabah diperolehi. Sabah pernah dikenali sebagai ‘Sudang’ yang pernah tercatat dalam puisi Java Nagaraketagama yang ditulis oleh Prapancha pada tahun 1365. Nama Sabah pertama kali digunakan pada abad ke-15 oleh pedagang yang mengembara di antara Pulau Sulu dan Brunei.

Dipercayai juga nama Sabah diperolehi daripada tanaman pisang yang dipanggil ‘Pisang Saba’. Pada masa sekarang ‘Pisang Saba’ dikenali sebagai ‘Pisang Menurun’. Jenis pisang ini biasa tumbuh di sepanjang pantai barat Sabah. Dialek orang tempatan yang menyebut ‘saba’ seperti menyebut ‘Sabah’ telah menyebabkan nama Sabah diperolehi.

Sabah merupakan negeri yang kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak. Pentadbiran Sabah dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Bahagian Pantai Barat, Bahagian Sandakan, Bahagian Tawau, Bahagian Pedalaman dan Bahagian Kudat.

ASAL USUL DAERAH PAPAR

Menyentuh tentang asal-usul Papar, terdapat lagenda bagaimana Daerah Papar mendapat namanya, iaitu keadaan tanah yang rata dan landai, di mana dalam bahasa Brunai keadaan rata itu disebut sebagai "Papar".Manakala terdapat satu lagi cerita iaitu dari batang-batang kayu hanyut yang banyak terdampar apabila berlaku banjir. Kayu-kayu yang hanyut itu juga disebut “Papar”.

Sebelum British memulakan pentadbiran mereka, Papar telah ditadbir oleh pembesar-pembesar tempatan. Ketua daerahnya adalah seorang yang berbangsa Bajau iaitu Datu Amir Bahar. Beliau pernah memimpin satu pemberontakan untuk menghalau seorang pembesar Brunei yang pada ketika itu menguasai daerah Papar. Pembesar Brunei tersebut setelah dihalau keluar dari Papar, kemudiannya telah menyerahkan daerah ini kepada dua orang asing iaitu Overbeck dan dua beradik Dent pada tahun 1877.

Monday, February 2, 2009

Melayu Jangan Paling Tadah Terhadap UMNO !

Terpanggil dengan kenyataan ini, Ms ingin berkongsi pendapat dengan apa yang terjadi di persada politik Malaysia yang sering dimanipulasi oleh pihak2 tertentu atas dasar kepentingan diri sendiri.

Memetik kenyataan Menteri Penerangan Malaysia Datuk ASC pada sessi pertemuan bersama penuntut Malaysia di Birmingham baru2 ini, "Mereka yang memperoleh daripada Umno -- jurutera, doktor, usahawan dan yang lain -- berapa ramai daripada mereka yang telah menyumbang kembali kepada Umno dalam apa cara pun, mereka boleh dan jangan pula bila bercakap soal memberi sumbangan ini, terus kata nak jadi calon," katanya.

Dalam pada itu, beliau terkilan kerana sudah ada dalam kalangan anak muda Melayu sendiri yang berkata mereka tidak lagi peduli tentang isu seperti hak istimewa orang Melayu dan Dasar Ekonomi Baru. Ada satu peringkat generasi baru di kalangan orang Melayu sendiri yang sekarang ini bukan sahaja sudah lupa tentang diri dia, sejarah dia, bahkan berada di peringkat tidak mampu hendak merungkai struktur sistem kehidupan kita yang bertunjangkan kepada aspek keMelayuan.

Ms berpendapat, dalam sama2 kita membangun satu2nya negara Malaysia yang tercinta ini terus maju & tersohor di mata dunia & bebas perang, sumbangan, perjuangan & kemampuan anak2 muda Melayu menterjemah hasrat UMNO yang asal harus dimulakan dari sekarang.

Ia sebagai wadah terbaik bukan saja untuk orang Melayu malah seluruh rakyat Malaysia. InsyaAllah, anak2 Ms nanti akan menikmati kesejahteraan & keamanan hasil dari ini.. Malaysia tanahair ku!

Thursday, January 29, 2009

Mansuh Sayap Parti untuk atasi gejala rasuah ?

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Umno hari ini disaran menyusun semula struktur organisasinya dengan memansuhkan sayap-sayap parti, jika ia benar-benar serius hendak menghapuskan gejala politik wang.

Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berpendapat langkah itu perlu bagi memperbaiki dan memperkuatkan semula parti yang telah 50 tahun menjadi tunggak kepada kestabilan di negara ini.

Beliau berkata gejala politik wang di dalam parti boleh dibendung jika pemilihan di dalam parti dapat dikurangkan dengan memansuhkan sayap-sayap parti, terutamanya yang baru ditubuhkan.

"Saya dok fikir perlukah ada Puteri dan Putera kerana selagi ada Puteri dan Putera, banyak lagi duit dok main. Saya juga berfikir barangkali Pemuda dan Wanita juga perlu dipertimbang. Di England, rasanya tidak ada women or ladies association baik dalam parti Konservatif mahupun Parti Buruh," katanya.

Beliau yang ditemui pada sidang media lembaga itu di sini hari ini berkata, anggota Puteri dan Putera yang rata-rata masih terlalu muda sepatutnya memberikan tumpuan kepada pelajaran dan bukannya terlibat di dalam arena politik.

"Puteri dan Putera ini sepatutnya mementingkan pelajaran, bukan masanya untuk mereka terlibat dalam politik, kalau hendak bagi pendedahan pun janganlah terlalu awal.

"Mereka ni masih umur belasan dan awal 20-an," katanya yang mengakui ada anggota sayap itu yang terlibat politik wang tetapi setakat ini tidak ada mana-mana pihak yang tampil membuat aduan.

Beliau berkata banyak yang masih perlu dipelajari oleh golongan itu terutamanya kerana negara bergantung kepada golongan muda untuk menerajui negara pada masa akan datang.

"Kita bergantung kepada orang muda untuk membawa negara kita pada tahap yang tinggi dan bertanding dengan negara lain, kalau nak berpolitik, tak de keje lain la (melainkan) politik sahaja," katanya.

Beliau yang berharap saranan itu dipertimbang pucuk pimpinan tertinggi parti turut berpendapat bahawa sistem kuota yang diamalkan pada masa ini juga perlu dimansuhkan kerana ia membawa akibat buruk kepada parti dari aspek gejala politik wang.

Di bawah sistem itu, seseorang ahli perlu mendapat sejumlah pencalonan dari bahagian-bahagian untuk layak bertanding jawatan dalam Umno.

petikan 29 Jan 2009-- BERNAMA

Selamat Tahun Baru Cina 2009 !

Ms Butterfly mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina 2009 kepada semua golongan yang menyambut hari tersebut seluruh Malaysia !

Ms juga mengucapkan tahniah dan berbangga dengan ADUN N.22 Pantai Manis, Datuk Hj Abdul Rahim Bin Ismail kerana sudi meluangkan masa hampir 4 jam untuk pengagihan kad dan juga angpow kepada masyarakat Tionghua di sekitar Pekan Papar yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini.

Dianggarkan seramai 500 masyarakat Tionghua di sini yang majoritinya adalah peniaga menerima sumbangan daripada Datuk Hj Abdul Rahim dalam program berkonsepkan turun padang itu. Lawatan yang bermula seawal 8.00 pagi itu merupakan acara tahunan beliau yang kini memasuki tahun ke-empat.

Semua pegawai kerajaan, pemimpin-pemimpin masyarakat termasuk Kapitan Cina turut serta dalam rombongan itu bagi melihat dengan lebih dekat masalah yang dihadapi oleh masyarakat Tionghua di Papar.

Di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim, program ini secara langsung dapat mendengar segala keluhan dan rintihan yang dihadapi oleh masyarakat Tionghua di sini yang kebanyakannya adalah peniaga.

Dengan adanya penyertaan daripada pemimpin-pemimpin tempatan, mereka secara langsung akan dapat melihat dengan lebih dekat masalah yang dihadapi oleh masyarakat ini.

Datuk Hj Abdul Rahim seterusnya berharap Tahun Baru Cina ini akan membawa peluang-peluang keemasan kepada para peniaga agar terus maju dan berdaya saing.

Friday, January 16, 2009

SEJARAH : 1970an - Sekarang

PERUSAHAAN KERETA NASIONAL

Pada mulanya projek kereta nasional dijalankan secara usahasama di antara Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON), HICOM Berhad, Mitsubishi Motors Corporation dan Mitsubishi Corporation. Pada 9 Julai 1985, kereta Proton Saga yang pertama telah dikeluarkan. Kereta Proton telah mencapai tahap jualan paling laris dalam pasaran kereta penumpang di Malaysia dan juga di luar negara sejak tahun 1990.

MENARA BERKEMBAR PETRONAS

Projek Menara Berkembar Petronas telah dilancarkan pada 15 September 1992 bersama dengan projek Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC). Menara berkembar ini mempunyai 88 tingkat di setiap menara dengan ketinggian 451.9 meter. Justeru, ia telah diiktiraf oleh “The Council on Tall Buildings and Urban Habitat” sebagai bangunan tertinggi yang baru di dunia, menjadikannya sebagai satu mercu tanda dunia yang terletak di Kuala Lumpur.

MENARA KUALA LUMPUR

Menara Kuala Lumpur yang terletak 94 meter di atas paras laut dan mempunyai ketinggian 421 meter telah diiktiraf sebagai menara komunikasi yang ketiga tertinggi di dunia dan yang tertinggi di Asia. Menara Kuala Lumpur merupakan sebuah menara komunikasi bagi Malaysia dan dilengkapi dengan teknologi terkini bagi memenuhi keperluan teknologi yang kian meningkat di negara ini. Ia telah menjadi pusat tarikan pelancong kerana keunggulannya sebagai salah satu mercu tanda bagi bandaraya Kuala Lumpur dan juga negara. Menara ini merupakan satu kebanggaan yang baru bagi penduduk Malaysia dan menjadi satu ukuran kepada kemajuan negara dalam menuju Wawasan 2020.

LAPANGAN TERBANG KLIA

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terletak di Sepang, 75 kilometer di selatan Kuala Lumpur. Ia mula beroperasi pada bulan Jun 1998 dan merupakan lapangan terbang terbesar di Asia dengan keluasan yang mencecah 100 kilometer persegi. KLIA dibina bagi menyediakan perkhidmatan pengangkutan udara kepada 125 juta pengguna untuk 100 tahun yang akan datang.

KORIDOR RAYA MULTIMEDIA

Satu lagi pencapaian Malaysia dalam usaha membentuk sebuah masyarakat yang berteknologi tinggi dan berindustri menjelang tahun 2020 ialah dengan pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC). Ia dibangunkan bagi membantu usahawan muda dan syarikat-syarikat yang baru bertapak yang memerlukan tunjuk ajar dan sokongan. Tapak Inkubator MSC yang seluas 7.65 ekar terletak di dalam kampus Universiti Multimedia. Pusat Inkubator MSC pula terletak di Cyberjaya, sebuah bandar bistari yang bersebelahan dengan bandar pusat pentadbiran kerajaan iaitu Putrajaya.





SEJARAH : Sejak Merdeka

Semenjak merdeka, Malaysia diperintah oleh sebuah Pakatan yang kemudiannya dikenali sebagai Barisan Nasional pada tahun 1971. Barisan Nasional merupakan satu gabungan parti-parti politik yang telah mendapat majoriti dalam Parlimen sepanjang sembilan pilihanraya yang diadakan sejak kemerdekaan Malaysia.

Namun, pada tahun 1969, buat pertama kalinya gabungan ini gagal mempertahankan majoriti dua pertiganya. Tekanan perkauman telah mengakibatkan rusuhan kaum di Kuala Lumpur pada 13 Mei 1969. Peristiwa ini telah membawa kepada penubuhan kerajaan darurat yang dikenali sebagai Majlis Gerakan Negara. Tun Razak telah dilantik sebagai Pengarah Operasi di bawah Akta Perintah Darurat selama 22 bulan sehingga perintah Darurat dibubarkan dan Parlimen dipulihkan pada 22 September 1970. Semenjak peristiwa tersebut, sasaran utama Kerajaan merupakan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang digubal untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira bangsa dan juga untuk menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Tun Abdul Razak mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri setelah persaraan Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj pada 22 September 1970. Perkembangan ekonomi yang dicapai pada tahun 1970an membolehkan pentadbiran Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn, yang mengambil alih selepas kematian Tun Abdul Razak pada tahun 1976, mencapai tahap kemajuan yang membanggakan. Malaysia juga telah menggubal polisi luar negara yang lebih terbuka yang membawa kepada pembentukan Asean pada tahun 1967. Malaysia juga mengiktiraf negara komunis China pada tahun 1974 dan meletakkan Negara bersama negara-negara berkecuali dari dunia ketiga.

Dasar Ekonomi Baru telah diberi nafas baru di bawah teraju Tun Hussein Onn. Skim Amanah Saham Nasional mula diperkenalkan untuk membolehkan golongan bumiputera melabur di dalam pasaran saham. Saham Amanah tersebut diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad.

Tahun 1980an telah membawa arah baru dalam arena politik dan cabaran ekonomi. Dato Seri Dr Mahathir Mohamad yang mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Hussein Onn pada 17 Julai 1981 telah mengambil langkah berani dengan mengembangkan dasar ekonomi dalam bidang industri berat seperti pelaksanaan projek kereta nasional, penapisan minyak dan perusahaan besi.


SEJARAH : Penubuhan Malaysia

Pada tahun 1955, Singapura telah diberikan kuasa pemerintahan dalaman di bawah Perlembagaan Rendel dan David Marshall telah dilantik menjadi Ketua Menterinya yang pertama. Pada tahun 1959, Singapura yang diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) di bawah pimpinan Lee Kuan Yew, telah mendapat kuasa penuh untuk menubuhkan kerajaan sendiri. Di Sarawak pula, pilihanraya tempatan diperkenalkan pada tahun 1959.

Langkah pertama dalam penubuhan Malaysia bermula pada tahun 1961 apabila satu cadangan untuk membentuk sebuah persekutuan yang lebih luas merangkumi Persekutuan Malaya, Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman. Cadangan ini secara amnya diterima oleh penduduk Malaya dan Singapura, tetapi menimbulkan rasa curiga di kalangan penduduk Sabah dan Sarawak.

Walau bagaimanapun, cadangan tersebut dibantah oleh Filipina yang telah membuat tuntutan hak ke atas Sabah. Cadangan ini juga menerima tentangan dari Indonesia yang melihatnya sebagai satu langkah untuk menjajah Borneo oleh Sukarno dan Parti Komunis Indonesia.

Cadangan ini bagaimanapun mempunyai kesan langsung dalam mempercepatkan penggubalan perlembagaan di Sarawak, Sabah dan Brunei. Pilihanraya diadakan buat pertama kalinya di Brunei dan di Sabah pada tahun 1962. Satu suruhanjaya kerjasama Inggeris-Malaya yang diketuai oleh bekas Gabenor Bank England, Lord Cobbold, telah melawat Sabah dan Sarawak pada tahun 1962 dan melaporkan bahawa kebanyakan negeri menyokong penubuhan Malaysia.

Walau bagaimanapun, tentangan yang berterusan daripada Filipina dan Indonesia telah menyebabkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menghantar satu misi ke Borneo pada tahun 1963, yang turut melaporkan bahawa pandangan awam rata-rata menyokong penubuhan Malaysia.

Justeru, pada 16 September 1963, Malaysia telah secara rasminya dibentuk dan ia terdiri daripada Persekutuan Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura. Brunei pula menolak usul untuk menyertai Malaysia. Namun, pada tahun 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan menjadi sebuah negera yang merdeka.

Beberapa tahun selepas penubuhan Malaysia, satu konfrontasi ketenteraan telah berlaku di antara Malaysia dan Indonesia apabila Indonesia membuat serangan ke atas Semenanjung Malaysia dan sepanjang sempadan darat Sabah dan Sarawak. Konfrontasi tersebut berakhir pada tahun 1966 dengan termeterainya satu perjanjian di Bangkok, Thailand.

Thursday, January 15, 2009

SEJARAH : Kemerdekaan Malaya

Persekutuan Malaya telah dibentuk bagi menggantikan Kesatuan Malaya setelah beberapa siri perbincangan diadakan di antara raja-raja Melayu, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan lain-lain pihak yang terlibat. Persekutuan yang baru ini terdiri daripada kesemua sembilan Negeri-negeri Melayu di Semenanjung, bersama Melaka dan Pulau Pinang. Persekutuan Malaya berada di bawah pentadbiran sebuah kerajaan persekutuan di Kuala Lumpur yang diketuai oleh seorang Pesuruhjaya Tinggi British.

Pembubaran Kesatuan Malaya pada tahun 1948 telah memaksa pihak British untuk membuka jalan bagi kemerdekaan Persekutuan Malaya. Akibat daripada dua tekanan utama yang terdiri daripada peristiwa Darurat dan juga perkembangan pergerakan nasionalis Melayu iaitu UMNO, pihak British memperkenalkan sistem pilihanraya pada tahun 1951 di peringkat tempatan.

Masalah dalam mendapatkan kerjasama politik daripada kumpulan etnik utama di negara ini dalam memperjuangkan kemerdekaan berjaya diatasi dengan pembentukan pakatan di antara UMNO dan Persatuan Cina Malaya (MCA) dan kemudiannya disertai oleh Kongres India Malaya (MIC). Ketika pilihanraya persekutuan yang pertama diadakan pada tahun 1955, pakatan UMNO-MCA-MIC yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman telah memperolehi kemenangan yang besar dengan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Ketua Menteri pertama Persekutuan Malaya. Pakatan tersebut telah berjaya memaksa British untuk melepaskan kuasa pemerintahan mereka dan pada 31 Ogos tahun 1957, Persekutuan Malaya telah mencapai kemerdekaannya.

SEJARAH : Penubuhan Malayan Union

Pada bulan Oktober 1945, pihak British mengumumkan satu langkah berani bagi menamatkan cara pemerintahan secara tidak langsungnya dengan menyatukan kesemua negeri menjadi Kesatuan Malaya di bawah seorang Gabenor yang mempunyai kuasa eksekutif. Ia juga telah mencadangkan untuk memperkenalkan kewarganegaraan Malaya yang akan memberi hak sama rata kepada mereka yang mengakui Malaya sebagai tanah airnya.

Walaupun Pulau Pinang dan Melaka merupakan sebahagian daripada cadangan Kesatuan Malaya, ia tetap akan menjadi Jajahan British. Singapura juga akan menjadi jajahan yang berasingan. Kesatuan Malaya dan Singapura akan mempunyai Gabenor, Majlis Eksekutif dan Perundangan mereka sendiri.

Di bawah Kesatuan Malaya, Sultan-sultan Melayu akan menjadi Presiden Majlis Penasihat Melayu di negeri masing-masing, yang bertanggungjawab ke atas hal-hal keagamaan sahaja. Sultan-sultan Melayu dikehendaki menandatangani perjanjian baru yang akan memberikan kerajaan British kekuasaan mutlak di negeri mereka. Perlembagaan yang dicadangkan ini merupakan satu perubahan yang menyeluruh dalam dasar kerajaan British. Selama ini, Negeri-negeri Melayu tidak pernah menjadi wilayah British secara mutlak dan hanya merupakan negeri-negeri yang dilindungi British.

Pada bulan Oktober 1945, Sir Harold MacMicheal, wakil khas kerajaan British tiba di Kuala Lumpur bagi membincangkan perjanjian baru dengan Sultan Negeri-negeri Melayu. Walaupun membantah, pihak Sultan telah menandatangani perjanjian tersebut dan melepaskan hak kedaulatan dan kekuasaan mereka kepada Kerajaan British. Parti-parti politik dan persatuan-persatuan ditubuhkan di seluruh negara dengan tujuan menentang cadangan Kesatuan Malaya yang akan berkuatkuasa pada 1 April 1946 di mana sebuah pentadbiran kerajaan awam akan ditubuhkan.

Pada 1 March 1946 wakil-wakil daripada 41 persatuan dan pertubuhan Melayu telah membentuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Dato’ Onn Jaafar telah dilantik sebagai Presiden yang pertama dan orang-orang Melayu pada waktu itu buat pertama kalinya, menjadi lebih bersatu apabila memperjuangkan satu hala tuju yang dikongsi bersama. UMNO menjadi peneraju bagi penentangan orang Melayu terhadap Kesatuan Malaya. Perpaduan orang Melayu telah menjadi satu kuasa baru yang harus dihadapi oleh pihak British dan juga masyarakat Cina. UMNO seterusnya meluluskan satu resolusi yang mengisytiharkan bahawa perjanjian yang ditandatangani oleh para Sultan tidak lagi sah dan telah batal. Pada 31 Mac 1945, Pentadbiran Ketenteraan British dibubarkan secara rasminya.

Pada 1 April 1946, Kesatuan Malaya diwujudkan dan Sir Edward Gent telah dilantik sebagai Gabenor Kesatuan Malaya di Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, UMNO telah menuntut agar Kesatuan Malaya dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan Malaya. Persekutuan Malaya yang dicadangkan ini terdiri daripada 9 buah Negeri-negeri Melayu dan 2 buah negeri jajahan British. Ia juga mencadangkan agar seorang Pesuruhjaya Tinggi dan bukannya seorang Gabenor, dilantik sebagai wakil Kerajaan British.

Cadangan tersebut juga menetapkan bahawa selain daripada orang Melayu, hanya generasi kedua orang Cina, India dan lain-lain bangsa yang berhak mendapat taraf kewarganegaraan persekutuan. Justeru, Kesatuan Malaya telah dibubarkan secara rasmi pada 31 Januari 1948.




SEJARAH : Pentadbiran Tentera British

Pada 14 Ogos 1945, pihak Jepun telah menyerah kalah dan penjajahan tentera Jepun di Malaya pun berakhir. Penjajahan Jepun, serta kekalahan British di Malaya, Belanda di Indonesia dan Amerika di Filipina telah mengakibatkan keunggulan kuasa barat telah hilang atau berkurangan. Kerajaan British sepatutnya melindungi Malaya berikutan dengan satu perjanjian telah ditandatangani dengan Raja-raja Melayu di mana British telah memberi jaminan untuk melindungi negeri-negeri Melayu sebagai balasan kepada pelbagai keistimewaan dan hak yang dinikmatinya. Namun, apabila tentera Jepun menyerang Malaya, pihak British tidak menyediakan pertahanan yang cukup yang mengakibatkan Malaya tewas dengan mudah. Walau bagaimanapun, penjajahan Jepun telah menimbulkan kesedaran politik penduduk tempatan dan apabila pihak British kembali ke Malaya, satu situasi baru telah muncul.

Wednesday, January 14, 2009

LINDUNGI DIRI DARI TERJEBAK SKIM CEPAT KAYA

  • Ingatlah pada kata hikmat ini - Sesuatu yang menguntungkan tetapi seakan terlalu mustahil untuk diterima akal, berkemungkinan besar merupakan satu penipuan;
  • Berurusan hanya dengan INSTITUSI KEWANGAN BERLESEN dan peniaga mata wang asing yang di beri kuasa;
  • Semak terlebih dahulu dengan pihak berkuasa yang berkaitan;
  • Jangan gopoh atau membiarkan diri dipaksa untuk melabur;
  • Berhati-hatilah dengan pelaburan yang dibuat melalui internet;
  • Berwaspada dengan sebarang peluang pelaburan yang tidak bertulis; dan
  • Jika suatu pelaburan telah dibuat, simpan kesemua dokumen yang berkaitan dengan pelaburan dan komunikasi dengan selamat.

APAKAH SKIM CEPAT KAYA ?

Satu pelan yang lazimnya menawarkan kadar pulangan yang tinggi atau tidak realistik bagi jumlah pelaburan yang kecil dan pada masa yang sama menjanjikan pelaburan tersebut adalah mudah dan bebas daripada sebarang risiko.

Skim "Cepat Kaya" yang berikut adalah dilarang di bawah undang-undang yang dikuat kuasakan oleh Bank Negara Malaysia:

    Aktiviti pengambilan deposit secara haram

    Aktiviti pengambilan deposit secara haram adalah suatu perbuatan menerima, mengambil, atau menyetujuterima deposit (wang, logam berharga, batu berharga, apa-apa artikel lain dan sebagainya) daripada orang awam atau pelabur, yang menjanjikan pembayaran semula deposit tersebut biasanya dengan faedah atau pulangan atau dengan sebarang balasan yang berupa wang atau nilaian wang, tanpa mempunyai satu lesen yang sah di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989.

    Urus niaga mata wang asing haram

    Perbuatan yang berikut tergolong kepada urus niaga mata wang asing haram:

    • Membeli atau menjual mata wang asing di antara dua orang dan tiada seorang daripada mereka adalah seorang peniaga yang diberi kuasa melainkan jika orang itu telah mendapatkan kebenaran daripada Pengawal Pertukaran Wang Asing di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (AKPW).

    • Membeli atau menjual mata wang asing oleh seorang pemastautin yang bukan seorang peniaga yang diberi kuasa dengan seorang di luar Malaysia melainkan jika orang itu telah mendapat kebenaran Pengawal Pertukaran Wang Asing di bawah AKPW.

SELAMAT TAHUN BARU 2009 !

Selamat Tahun Baru 2009 !

Alhamdulillah..
Segala yg dirancang di tahun 2008 menjadi..Kerja beres..Majlis persandingan..Upcoming baby..Good financial condition, investment & security..Hoping 2009 will bring greatness to my family..A small family of my baby girl (INSYALLAH), loving hubby & me..

Insyaallah, aku berdoa kepada ALLAH agar semuanya ok. Aku akan dapat anak yg baik & sihat. For the moment its been 27weeks. Last week kami buat 3D ultrasound & Allahuakbar..! Kami dapat lihat jari2 kecil dlm keadaan menggenggam & its so lovely ! We try to see her face, tp masa tu mukanya mengadap ke bawah, face down. We're so happy, hubby & me. Insyaallah next visit can see her face..

Other than that, my condition pula, everything is ok. Darah ok, berat overweight 5KG..(ya i know, hahaha), only that my sugar level la..ada problem. I would say a bit high, but the doctor said need to see pakar ! A bit high? Its very high la.. 10.7 la.. ;P

Kawal makan mmg susah..lebih2 lagi masa berbadan dua ni. Ada ja yg diidamkan.. Malah sanggup buat apa saja utk sebiji karipap ayam makcik milah di pasar am pekan ! Walaupun ada karipap lain yg lebih eksklusif dgn gorengan sempurna berwarna keemasan & bau yg "mesti mau"! So perfect buatan hotel 4 bintang lg tu.. but, all i want is one & only makcik milah punya !

Lain2 hal, aku redha dgn apa yg ada.. Mudah2an kita semua dilindungi dlm kerahmatan-Nya..