Tuesday, February 3, 2009

SABAH NEGERI BAWAH BAYU

Nama Sabah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Bristish ke Pulau Borneo lagi. Pihak British menukarkannya sebagai Borneo Utara dan digunakan secara rasmi semenjak tahun 1881. Sabah telah digunakan semula pada tahun 1963 setelah Sabah masuk ke dalam Malaysia.

Terdapat banyak variasi bagaimana nama Sabah diperolehi. Sabah pernah dikenali sebagai ‘Sudang’ yang pernah tercatat dalam puisi Java Nagaraketagama yang ditulis oleh Prapancha pada tahun 1365. Nama Sabah pertama kali digunakan pada abad ke-15 oleh pedagang yang mengembara di antara Pulau Sulu dan Brunei.

Dipercayai juga nama Sabah diperolehi daripada tanaman pisang yang dipanggil ‘Pisang Saba’. Pada masa sekarang ‘Pisang Saba’ dikenali sebagai ‘Pisang Menurun’. Jenis pisang ini biasa tumbuh di sepanjang pantai barat Sabah. Dialek orang tempatan yang menyebut ‘saba’ seperti menyebut ‘Sabah’ telah menyebabkan nama Sabah diperolehi.

Sabah merupakan negeri yang kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak. Pentadbiran Sabah dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Bahagian Pantai Barat, Bahagian Sandakan, Bahagian Tawau, Bahagian Pedalaman dan Bahagian Kudat.

ASAL USUL DAERAH PAPAR

Menyentuh tentang asal-usul Papar, terdapat lagenda bagaimana Daerah Papar mendapat namanya, iaitu keadaan tanah yang rata dan landai, di mana dalam bahasa Brunai keadaan rata itu disebut sebagai "Papar".Manakala terdapat satu lagi cerita iaitu dari batang-batang kayu hanyut yang banyak terdampar apabila berlaku banjir. Kayu-kayu yang hanyut itu juga disebut “Papar”.

Sebelum British memulakan pentadbiran mereka, Papar telah ditadbir oleh pembesar-pembesar tempatan. Ketua daerahnya adalah seorang yang berbangsa Bajau iaitu Datu Amir Bahar. Beliau pernah memimpin satu pemberontakan untuk menghalau seorang pembesar Brunei yang pada ketika itu menguasai daerah Papar. Pembesar Brunei tersebut setelah dihalau keluar dari Papar, kemudiannya telah menyerahkan daerah ini kepada dua orang asing iaitu Overbeck dan dua beradik Dent pada tahun 1877.

4 comments:

sumandak bayu said...

Salam Sis

Papar kini semakin membangun dan menjadi laluan utama kalo kita nak pigi Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Sipitang dan Lawas.....

Rasanya Sis Papar ni bakal jadi bandar tak?

ms butterfly said...

Salam Sumandak..

Jika dulu plan nak buat/pindahkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ke Mandahan direalisasikan kerajaan tempatan, mungkin Papar jg akan mendapat perubahan hasil..Mandahan terletak antara Papar & Membakut, lebih kurg 20min dr Papar.

Laluan jalanraya yg menghubungkan ke semua tmpt yg Sumandak sebutkan di atas mungkin akan dinaiktaraf kepada lebuhraya..yg mungkin jg akan dimanfaatkan oleh rakyat setempat atau luar negara seperti Brunei DS.

Wah, kalo betul la itu, dr Tanjung Simpang Mengayau ke Brunei seterusnya Pontianak Ms & Sumandak boleh drive mkn angin ! Tak pyh guna flight..krn jalanraya da upgrade!

Mungkin jg Daerah Papar ble jd Bandar Papar kot! Segalanya mungkin !

Anonymous said...

Papar pasti akan membangun kerana kedudukan geografinya antara Banadaraya K.K dan sempadan Sarawak & Brunei.......
MS Butterfly...ko jadilah datuk bandar pertama bandaraya Papar nanti...insyallah.

ms butterfly said...

Salam bang Jomo,

InsyaAllah..kalau dah rezeki takkan
kemana..takkan nak tolak..

Tp rasanya masih ada yg lebih layak
utk Datuk Bandar Papar..