Tuesday, February 3, 2009

AKHLAK YANG BURUK

TALAM DUA MUKA

Daripada Abu Hurairah r.a.,
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda,
"Kamu mendapati antara manusia yang terjahat
adalah yang bermuka dua,
ia mendatangi kelompok ini dengan satu wajah
dan mendatangi kelompok lain
dengan wajah yang lain."

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

MENAMPILKAN IMEJ BURUK

Daripada Aishah r.ha.,
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda,
"Sesungguhnya manusia yang paling buruk kedudukannya
di sisi Allah ialah orang yang ditinggalkan oleh
manusia lain kerana khuatir dengan kejahatan dirinya."

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

BERBOHONG DAN MEMBUAT PERANCANGAN JAHAT

Daripada Abdullah bin Mas'ud al-Ansari r.a.,
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda,
"Sesiapa yang menipu kami bukanlah daripada golongan kami;
dan balasan bagi perancangan jahat dan tipu daya
adalah neraka."

(Riwayat al-Tabrani)

2 comments:

Wan said...

Askm..

Sama2 lah kita berhati2 dgn golongan itu.. Dan yg paling mesti berhati2, jgn sampai kita pula menjadi golongan itu.

ms butterfly said...

Salam wan..

InsyaAllah, Tuhan melindungi
hambanya yg tawadhuk..