There was an error in this gadget

Saturday, February 7, 2009

RUKUN NEGARA - SENARIO POLITIK PERAK

RUKUN NEGARA adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.

IKRAR - yg sering kita laungkan sejak di bangku sekolah lagi..

Maka kami, RAKYAT MALAYSIA, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:-

1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN
4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN

PENJELASAN:-

1. Kepercayaan Kepada Tuhan
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang BERDAULAT.

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa ISLAM ialah AGAMA RASMI Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali.

Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

3. Keluhuran Perlembagaan
Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.

Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

4. Kedaulatan Undang-undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa.

Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

5. Kesopanan dan Kesusilaan
Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

Tuesday, February 3, 2009

AKHLAK YANG BURUK

TALAM DUA MUKA

Daripada Abu Hurairah r.a.,
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda,
"Kamu mendapati antara manusia yang terjahat
adalah yang bermuka dua,
ia mendatangi kelompok ini dengan satu wajah
dan mendatangi kelompok lain
dengan wajah yang lain."

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

MENAMPILKAN IMEJ BURUK

Daripada Aishah r.ha.,
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda,
"Sesungguhnya manusia yang paling buruk kedudukannya
di sisi Allah ialah orang yang ditinggalkan oleh
manusia lain kerana khuatir dengan kejahatan dirinya."

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

BERBOHONG DAN MEMBUAT PERANCANGAN JAHAT

Daripada Abdullah bin Mas'ud al-Ansari r.a.,
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda,
"Sesiapa yang menipu kami bukanlah daripada golongan kami;
dan balasan bagi perancangan jahat dan tipu daya
adalah neraka."

(Riwayat al-Tabrani)

ORANG-ORANG MUKMIN UMPAMA SATU BINAAN

Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a.,
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda
"Sesungguhnya seorang mukmin kepada
mukmin yang lain adalah seperti satu binaan,
sebahagiannya menyokong sebahagian yang lain"

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

SABAH NEGERI BAWAH BAYU

Nama Sabah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Bristish ke Pulau Borneo lagi. Pihak British menukarkannya sebagai Borneo Utara dan digunakan secara rasmi semenjak tahun 1881. Sabah telah digunakan semula pada tahun 1963 setelah Sabah masuk ke dalam Malaysia.

Terdapat banyak variasi bagaimana nama Sabah diperolehi. Sabah pernah dikenali sebagai ‘Sudang’ yang pernah tercatat dalam puisi Java Nagaraketagama yang ditulis oleh Prapancha pada tahun 1365. Nama Sabah pertama kali digunakan pada abad ke-15 oleh pedagang yang mengembara di antara Pulau Sulu dan Brunei.

Dipercayai juga nama Sabah diperolehi daripada tanaman pisang yang dipanggil ‘Pisang Saba’. Pada masa sekarang ‘Pisang Saba’ dikenali sebagai ‘Pisang Menurun’. Jenis pisang ini biasa tumbuh di sepanjang pantai barat Sabah. Dialek orang tempatan yang menyebut ‘saba’ seperti menyebut ‘Sabah’ telah menyebabkan nama Sabah diperolehi.

Sabah merupakan negeri yang kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak. Pentadbiran Sabah dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Bahagian Pantai Barat, Bahagian Sandakan, Bahagian Tawau, Bahagian Pedalaman dan Bahagian Kudat.

ASAL USUL DAERAH PAPAR

Menyentuh tentang asal-usul Papar, terdapat lagenda bagaimana Daerah Papar mendapat namanya, iaitu keadaan tanah yang rata dan landai, di mana dalam bahasa Brunai keadaan rata itu disebut sebagai "Papar".Manakala terdapat satu lagi cerita iaitu dari batang-batang kayu hanyut yang banyak terdampar apabila berlaku banjir. Kayu-kayu yang hanyut itu juga disebut “Papar”.

Sebelum British memulakan pentadbiran mereka, Papar telah ditadbir oleh pembesar-pembesar tempatan. Ketua daerahnya adalah seorang yang berbangsa Bajau iaitu Datu Amir Bahar. Beliau pernah memimpin satu pemberontakan untuk menghalau seorang pembesar Brunei yang pada ketika itu menguasai daerah Papar. Pembesar Brunei tersebut setelah dihalau keluar dari Papar, kemudiannya telah menyerahkan daerah ini kepada dua orang asing iaitu Overbeck dan dua beradik Dent pada tahun 1877.

Monday, February 2, 2009

Melayu Jangan Paling Tadah Terhadap UMNO !

Terpanggil dengan kenyataan ini, Ms ingin berkongsi pendapat dengan apa yang terjadi di persada politik Malaysia yang sering dimanipulasi oleh pihak2 tertentu atas dasar kepentingan diri sendiri.

Memetik kenyataan Menteri Penerangan Malaysia Datuk ASC pada sessi pertemuan bersama penuntut Malaysia di Birmingham baru2 ini, "Mereka yang memperoleh daripada Umno -- jurutera, doktor, usahawan dan yang lain -- berapa ramai daripada mereka yang telah menyumbang kembali kepada Umno dalam apa cara pun, mereka boleh dan jangan pula bila bercakap soal memberi sumbangan ini, terus kata nak jadi calon," katanya.

Dalam pada itu, beliau terkilan kerana sudah ada dalam kalangan anak muda Melayu sendiri yang berkata mereka tidak lagi peduli tentang isu seperti hak istimewa orang Melayu dan Dasar Ekonomi Baru. Ada satu peringkat generasi baru di kalangan orang Melayu sendiri yang sekarang ini bukan sahaja sudah lupa tentang diri dia, sejarah dia, bahkan berada di peringkat tidak mampu hendak merungkai struktur sistem kehidupan kita yang bertunjangkan kepada aspek keMelayuan.

Ms berpendapat, dalam sama2 kita membangun satu2nya negara Malaysia yang tercinta ini terus maju & tersohor di mata dunia & bebas perang, sumbangan, perjuangan & kemampuan anak2 muda Melayu menterjemah hasrat UMNO yang asal harus dimulakan dari sekarang.

Ia sebagai wadah terbaik bukan saja untuk orang Melayu malah seluruh rakyat Malaysia. InsyaAllah, anak2 Ms nanti akan menikmati kesejahteraan & keamanan hasil dari ini.. Malaysia tanahair ku!