Friday, January 16, 2009

SEJARAH : 1970an - Sekarang

PERUSAHAAN KERETA NASIONAL

Pada mulanya projek kereta nasional dijalankan secara usahasama di antara Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON), HICOM Berhad, Mitsubishi Motors Corporation dan Mitsubishi Corporation. Pada 9 Julai 1985, kereta Proton Saga yang pertama telah dikeluarkan. Kereta Proton telah mencapai tahap jualan paling laris dalam pasaran kereta penumpang di Malaysia dan juga di luar negara sejak tahun 1990.

MENARA BERKEMBAR PETRONAS

Projek Menara Berkembar Petronas telah dilancarkan pada 15 September 1992 bersama dengan projek Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC). Menara berkembar ini mempunyai 88 tingkat di setiap menara dengan ketinggian 451.9 meter. Justeru, ia telah diiktiraf oleh “The Council on Tall Buildings and Urban Habitat” sebagai bangunan tertinggi yang baru di dunia, menjadikannya sebagai satu mercu tanda dunia yang terletak di Kuala Lumpur.

MENARA KUALA LUMPUR

Menara Kuala Lumpur yang terletak 94 meter di atas paras laut dan mempunyai ketinggian 421 meter telah diiktiraf sebagai menara komunikasi yang ketiga tertinggi di dunia dan yang tertinggi di Asia. Menara Kuala Lumpur merupakan sebuah menara komunikasi bagi Malaysia dan dilengkapi dengan teknologi terkini bagi memenuhi keperluan teknologi yang kian meningkat di negara ini. Ia telah menjadi pusat tarikan pelancong kerana keunggulannya sebagai salah satu mercu tanda bagi bandaraya Kuala Lumpur dan juga negara. Menara ini merupakan satu kebanggaan yang baru bagi penduduk Malaysia dan menjadi satu ukuran kepada kemajuan negara dalam menuju Wawasan 2020.

LAPANGAN TERBANG KLIA

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terletak di Sepang, 75 kilometer di selatan Kuala Lumpur. Ia mula beroperasi pada bulan Jun 1998 dan merupakan lapangan terbang terbesar di Asia dengan keluasan yang mencecah 100 kilometer persegi. KLIA dibina bagi menyediakan perkhidmatan pengangkutan udara kepada 125 juta pengguna untuk 100 tahun yang akan datang.

KORIDOR RAYA MULTIMEDIA

Satu lagi pencapaian Malaysia dalam usaha membentuk sebuah masyarakat yang berteknologi tinggi dan berindustri menjelang tahun 2020 ialah dengan pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC). Ia dibangunkan bagi membantu usahawan muda dan syarikat-syarikat yang baru bertapak yang memerlukan tunjuk ajar dan sokongan. Tapak Inkubator MSC yang seluas 7.65 ekar terletak di dalam kampus Universiti Multimedia. Pusat Inkubator MSC pula terletak di Cyberjaya, sebuah bandar bistari yang bersebelahan dengan bandar pusat pentadbiran kerajaan iaitu Putrajaya.





5 comments:

Anonymous said...

salam kak..
blog yg menarik serta menyedikan unsur2 yg mengandugi sejarah.. dengan ini masyarakat dapat tahu bahawa sejarah memainkan peranan yang penting dalam pembinaan sesebuah tamadun bangsa. taniah..!

Wan said...

Askm..

Dgn sejarah...
kita dapat kenal diri dan tidak lupa diri..

Sedar diuntung.. maka perlu sama2 kita mensyukuri dan memelihara nikmat dan kejayaan yg dikurniakan.

Malaysia Boleh..

sumandak bayu said...

Salam Sis,

Nilah bukti pembangunan yang telah kita kecapi... harap rakyat Malaysia imbau kembali sejarah negara MALAYSIA.. takkan kerana berbeza idealogi politik kita sanggup gadai NEGARA....LU PIKIR LA SANDIRI

ms butterfly said...

Salam perkenalan..
TENTERAALLAH
WAN..
Timakasi kerana memberi komen
yang membangun..

Sumandak, mmg betul apa yg dikata,
jgn nti kita jadik mcm tanah GAZA..
masing2 nak kuasa atas kepentingan
peribadi sendiri..anak bangsa jd
mangsa..

Unknown said...

kakak boleh hantarkan lebih banyak maklumat tentang sejarah menara kembar petronas?kalau boleh ini e-mel saya : syahiran1994@gmail.com