Thursday, January 29, 2009

Mansuh Sayap Parti untuk atasi gejala rasuah ?

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Umno hari ini disaran menyusun semula struktur organisasinya dengan memansuhkan sayap-sayap parti, jika ia benar-benar serius hendak menghapuskan gejala politik wang.

Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berpendapat langkah itu perlu bagi memperbaiki dan memperkuatkan semula parti yang telah 50 tahun menjadi tunggak kepada kestabilan di negara ini.

Beliau berkata gejala politik wang di dalam parti boleh dibendung jika pemilihan di dalam parti dapat dikurangkan dengan memansuhkan sayap-sayap parti, terutamanya yang baru ditubuhkan.

"Saya dok fikir perlukah ada Puteri dan Putera kerana selagi ada Puteri dan Putera, banyak lagi duit dok main. Saya juga berfikir barangkali Pemuda dan Wanita juga perlu dipertimbang. Di England, rasanya tidak ada women or ladies association baik dalam parti Konservatif mahupun Parti Buruh," katanya.

Beliau yang ditemui pada sidang media lembaga itu di sini hari ini berkata, anggota Puteri dan Putera yang rata-rata masih terlalu muda sepatutnya memberikan tumpuan kepada pelajaran dan bukannya terlibat di dalam arena politik.

"Puteri dan Putera ini sepatutnya mementingkan pelajaran, bukan masanya untuk mereka terlibat dalam politik, kalau hendak bagi pendedahan pun janganlah terlalu awal.

"Mereka ni masih umur belasan dan awal 20-an," katanya yang mengakui ada anggota sayap itu yang terlibat politik wang tetapi setakat ini tidak ada mana-mana pihak yang tampil membuat aduan.

Beliau berkata banyak yang masih perlu dipelajari oleh golongan itu terutamanya kerana negara bergantung kepada golongan muda untuk menerajui negara pada masa akan datang.

"Kita bergantung kepada orang muda untuk membawa negara kita pada tahap yang tinggi dan bertanding dengan negara lain, kalau nak berpolitik, tak de keje lain la (melainkan) politik sahaja," katanya.

Beliau yang berharap saranan itu dipertimbang pucuk pimpinan tertinggi parti turut berpendapat bahawa sistem kuota yang diamalkan pada masa ini juga perlu dimansuhkan kerana ia membawa akibat buruk kepada parti dari aspek gejala politik wang.

Di bawah sistem itu, seseorang ahli perlu mendapat sejumlah pencalonan dari bahagian-bahagian untuk layak bertanding jawatan dalam Umno.

petikan 29 Jan 2009-- BERNAMA

5 comments:

ms butterfly said...

Masuk akal ke ni?

azlishukri said...

tak selesai juga saya rasa..

Wan said...

Gejala rasuah.. puncanya terletak kepada seseorang calon. Maka pendekatan dan pencegahan harus ditumpukan kepada calon yg bertanding. Putera dan puteri bukan punca sebenar.

Menuntut ilmu.. Islam mengajar umat nya mengenai proses menuntut ilmu itu bermula daripada buaian sehingga ke liang lahat.

Kalau tua-tua pun masih mentadbir negara dengan pincang dan masih mengamalkan gejala rasuah.. maka orang tua pun kena belajar lagi..

Anonymous said...

Salam Butterfly...
Sayap parti bukannya masalah, yang bermasalah ialah pemimpin2 yang dari sayap2 parti ingin hendak merebut tempat dibarisan tertinggi parti....!! Hendak guna jalan ringkas,itulah pasal....!! Yang jadi korban...pemimpin2 yang sudah lama dalam barisan tertinggi, tapi tak naik2 juga...mula lah mengomel..tuduhlah sipolan dan sipolan guna rasuah...!! Hmmm... kalau perwakilan yang memang tak punya pendapatan apa2, nak suruh dema gi perhimpunan naik apa...naik kerbau?? Pikiaq lah sikit atuk-atuk sekelian...kami tak pilih kamu kerna kamu dah nak `luput'... kenapa salahkan calon yang ada `lebihan' sikit tu hulur-hulur sikit buat kami yang memang kering kontang ni...!! Orang berbudi, kita berbahasa...orang memberi,kita merasa!!
Ms Butterfly....Take care urself..

ms butterfly said...

Salam Bang Jomo..

Timakasi kerna sudi singgah di blog Ms..

Ms juga berpendapat, dengan pemansuhan sayap parti ni bukanlah jalan penyelesaian gejala rasuah..Isu ni hanya dibangkitkan oleh orang yg tidak yakin dengan kemampuannya sendiri.

Atau dalam bahasa lain, cannot compete with the situation so he/she create another way to condemned other people!

Naik kerbau..?? I like the phrase Bang Jomo. Memang betul tu, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa..macam pantun pisang emas bawa belayar tu juga la..tiada salah menabur budi kepada orang yg memerlukan mcm kita ni kan bang Jomo?

Tepuk dada tanya selera..

Ada certain people yang memang suka menjatuhkan orang lain dengan cerita rekaannya sendiri..Tp kalo Ms la, orang tu nda "kasi" pun yg penting cara kepimpinan tekena di hati Ms, Ms pilih jugak dia..Kalo mengasi pun pimpinan tak boleh PAKAI bikin apa..!