Saturday, July 18, 2009

Azam Puteri UMNO Sabah

Pergerakan Puteri Umno Sabah di bawah pimpinan Musliati Moslimin akan memberi perhatian khusus kepada usaha mendampingi kira-kira 240,000 pengundi muda di negeri ini yang bakal mendaftar sebagai pemilih pada pilihan paya umum ke-13.

Alhamdulillah...itulah yang sebaiknya. Pengundi-pengundi muda ini memang perlu diberi perhatian kerana mereka lebih cenderung untuk menerima dengan mudah apa jua tohmahan dan kutukan pada kerajaan. Bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebung. Mereka ini perlu diberi pendedahan seawal peringkat persekolahan..kalau boleh.

Mereka perlu tahu bahawa kerajaan telah membuat pelbagai usaha untuk memastikan mereka selesa menimbah ilmu di sekolah-sekolah yang disediakan, di tempat yang sesuai. Kerajaan juga telah membekalkan buku-buku teks dan memberi biasiswa kepada mereka yang kurang berkemampuan & tidak kurang kepada yang berkemampuan..

UMNO perlu mengubah cara mendekati rakyat terutama golongan muda dengan mendampingi mereka secara lebih rapat untuk menyelami masalah mereka tanpa banyak protokol. Diharap azam Puteri UMNO Sabah mendekati golongan muda bagi memula langkah menuju PIRU ke 13 akan menambah kekuatan barisan kita.

Saya juga yakin kemenangan akan dicapai sekali lagi jika semua peringkat UMNO melupakan segala permasalahan, merapatkan barisan, berhenti merajuk dan mula berfikir apa yang perlu dibuat untuk meraih sokongan rakyat lebih padu.

Suasana politk positif akan diperolehi jika kita mengamalkan politik sihat dan bersatu menjauhi pelbagai emosi negatif yang wujud dalam diri yang akhirnya hanya akan menghancurkan bangsa kita sendiri.

No comments: