Wednesday, March 7, 2012

"PERBINCANGAN MENGENAI PERKARA 20 SABAH"

5 PERKARA DIKATAKAN TIDAK RELEVEN DAN PERLU DIKAJI SEMULA :-

1. PERKARA 1 – AGAMA
Walaupun tiada bantahan terhadap agama Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia akan tetapi agama rasmi sepatutnya tidak diadakan di Borneo Utara, dan segala perundangan mengenai agama Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaya tidak harus digunakan di Borneo Utara.

--> Dakwaan Datuk Patrick Sindu:-
"Jelas kerajaan Persekutuan telah mencabuli hak-hak istimewa rakyat Sabah khususnya dalam Perkara 1, buktinya sahaja setiap program kerajaan Persekutuan & Negeri akan dimulakan dengan bacaan doa sedangkan penduduk Sabah mempunyai kepercayaan agama masing-masing dan tidak wajar dikatakan agama Islam adalah agama rasmi di negeri ini."


>> TAHUKAH ANDA?
Pada tahun 1971, perlembagaan bagi agama untuk negeri Sabah telah diubah kepada Perlembagaan 5a iaitu agama Islam menjadi agama rasmi bagi negeri Sabah yang di sokong oleh kabinet negeri di bawah kerajaan Perikatan yang mendapat sokongan 2/3 majoriti pada ketika itu.Rentetan daripada perubahan tersebut, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) diwujudkan untuk mentadbir hal ehwal agama Islam di negeri Sabah.<<

--------------------------------------------------

2. PERKARA 7 – HAK MEMISAH ATAUPUN MENARIK DIRI
Hak untuk memisah atau menarik diri dari persekutuan seharusnya tidak wujud.

--> Dakwaan Datuk Patrick Sindu:-
"Perjanjian ini dikatakan tidak sah bila Brunei tidak menandatangani perjanjian dan Singapura telah menarik diri sedangkan perjanjian ini jelas bahawa mana-mana negeri yang menarik diri akan terbatal dan tidak lagi sah."

>> TAHUKAH ANDA?
Perkara 7 di dalam “20 Perkara Sabah” bermaksud Perkara 7 tidak boleh diubah oleh kabinet negeri mahupun persekutuan kerana di dalam perjanjian tersebut telah dipersetujui syarat bahawa apabila Sabah telah memasuki Malaysia, Sabah mensyaratkan agar tidak dikeluarkan daripada kerajaan Malaysia. Ini kerana semasa rundingan ini dilakukan oleh ketua-ketua pemimpin negeri Sabah ketika itu, berasa khuatir sekiranya Sabah dipisahkan daripada Malaysia setelah diberi kemerdekaan, kerana pada masa tersebut negeri Sabah juga dituntut oleh kerajaan Indonesia dan Filipina dan berlakunya kacau bilau kerana ingin merebut Sabah untuk dijadikan jajahan takluk mereka.<<

--> Dakwaan Datuk Patrick Sindu:-
"Bahawa Perjanjian Malaysia adalah BATAL DAN TIDAK SAH apabila Brunei tidak menandatangani dokumen tersebut selepas 11 jam."

>> TAHUKAH ANDA?
Dakwaan ini adalah tidak benar. Ramai orang berpendapat bahawa Brunei juga sebagai pihak yang terlibat secara langsung dalam Pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Namun hakikatnya Brunei hanya bertindak sebagai PEMERHATI dalam pembentukan tersebut. Brunei juga tidak terlibat di dalam Inter-Governmental Meeting (IGC). Isu Perjanjian Malaysia tidak sah adalah tidak relevan. Brunei tidak menandatangani Perjanjian Malaysia bukanlah satu isu
kerana Brunei tidak pernah berniat untuk memasuki Penubuhan Malaysia. Brunei juga tidak pernah dijemput untuk menganggotai Malaysia. Ini adalah kerana Brunei mempunyai satu sistem kerajaan yang berbeza dengan Malaysia iaitu Sistem Monarki yang tidak menjalankan demokrasi berparlimen mahupun pilihan raya.<<

--> Benarkah Perjanjian Malaysia terbatal selepas Singapura menarik diri pada tahun 1965?

>>TIDAK BENAR SAMA SEKALI.
Penarikan diri oleh Singapura daripada Malaysia adalah atas persetujuan bersama antara Parlimen Malaysia dan Parlimen Singapura. Ini disebabkan oleh desakan People Action Party (PAP) Singapura yang ingin menunjukkan kuasanya di seluruh pelosok Malaysia dan ingin mendominasi pengundi Cina seterusnya mengambil alih peranan MCA. Dan perkara ini telah melahirkan rasa tidak puas hati MCA yang berada di dalam Parti Perikatan pada masa itu. Oleh kerana ada perselisihan dalam perkara tersebut, Parlimen Malaysia pada masa itu secara majoriti bersetuju untuk mengeluarkan Singapura daripada Malaysia. Pada masa yang sama Parlimen Singapura juga telah bermesyuarat dan memutuskan keluar daripada Penubuhan Malaysia pada tahun 1965. Maka dengan itu, penarikan diri Singapura adalah Sah dari sisi undang-undang atas persetujuan bersama antara Malaysia dan Singapura. <<

-----------------------------------------------------------

3. PERKARA 9 – PEGAWAI-PEGAWAI BRITISH
Segala usaha harus dibuat untuk menggalakkan pegawai-pegawai British meneruskan perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diganti oleh orang-orang tempatan yang berkelayakan.

--> Dakwaan Datuk Patrick Sindu:-
"Sehingga kini dikatakan jawatan-jawatan penting di peringkat persekutuan yang ada di negeri Sabah masih dimonopoli oleh Pegawai Semenanjung sedangkan pada masa kini semakin ramai anak tempatan Sabah mempunyai kelulusan tinggi dan adalah wajar mereka menyandang jawatan-jawatan tersebut."

>>TAHUKAH ANDA?
Sehingga Julai 2011, seramai 53 orang anak tempatan Sabah telah dilantik sebagai Ketua Jabatan dan Ketua Badan Berkanun di dalam agensi dan jabatan Persekutuan di Sabah. Jumlah keseluruhan jawatan Persekutuan di Sabah ialah 130 dan ini terbukti bahawa anak tempatan Sabah telah memegang jawatan Persekutuan sebanyak 41% daripada jumlah tersebut. Senario ini jelas menunjukkan kerajaan persekutuan menitikberatkan keupayaan serta kemahiran yang dimiliki oleh anak watan Sabah, malahan pertambahan ini berlaku dari semasa ke semasa.<<

-----------------------------------------------------------

4. PERKARA 14 – JANGKAMASA PERALIHAN
Sepatutnya tujuh tahun dan dalam masa ini kuasa perundangan mesti dibiarkan kepada kerajaan negeri mengikut perlembagaan dan bukan diamanahkan kepada kerajaan negeri oleh kerajaan persekutuan.

--> Dakwaan Datuk Patrick Sindu:-
"Sehingga kini kerajaan negeri tidak dapat mengurus dan mentadbir mengikut acuan sendiri serta banyak keputusan penting dalam membangunkan negeri Sabah perlu mendapat kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan."

>>TAHUKAH ANDA?
Agreemant Malaysia yang ditandatangani dokumennya di London, perlu melaksanakan Akta Malaysia untuk menubuhkan Kerajaan Malaysia ketika itu. Perkara ini telah dimasukkan di dalam Artikel 1: iaitu artikel ini menerangkan bahawa negeri-negeri yang terlibat dalam Persekutuan Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak setaraf dengan negeri-negeri di dalam Malaysia. Ini menunjukkan bahawa Sabah, Sarawak, negeri-negeri di dalam Persekutuan Malaya dan Singapura adalah satu komponen negeri di dalam Malaysia. Kenyataan pihak pembangkang yang menyatakan Sabah adalah sama taraf dengan kerajaan Malaysia adalah tidak benar sama sekali dan menyalahi perlembagaan dalam Akta Penubuhan Malaysia.

“20 Perkara Sabah” adalah 20 tuntutan yang telah dimasuk dan diserap ke dalam undang-undang perlembagaan negara Malaysia sekarang. Namun perkara ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar, jika kita mengkaji perundangan perlembagaan Malaysia sekarang, “20 Perkara Sabah” memang telah dilaksanakan didalam perundangan negeri Sabah mahupun kerajaan persekutuan. Selepas 10 tahun Sabah menyertai Malaysia, dan sehingga kini, 48 tahun Sabah Merdeka di dalam gagasan Malaysia . Sabah tidak pernah lagi berdepan dengan satu situasi cemas yakni tidak berlaku konfrontasi antara rakyat Sabah kepada kerajaan persekutuan. Kehidupan harmonis menjadi pegangan utama rakyat Sabah dan inilah bukti mengapa pada tempoh tersebut tidak ada pungutan suara untuk mengkaji semula Perjanjian Malaysia. Sabah bukan sahaja hidup aman damai tetapi kini mengecapi nikmat pembangunan infrastruktur secara berperingkat-peringkat dan ini adalah usaha bersama di antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.<<

-----------------------------------------------------------------

5. PERKARA 15 – PELAJARAN
Sistem pelajaran yang wujud sekarang harus diteruskan dengan itu ia harus diletakkan di bawah kawalan kerajaan negeri.

--> Dakwaan Datuk Patrick Sindu:-
"Kerajaan negeri berhak untuk menentukan sistem pelajaran sendiri demi melahirkan graduan yang berupaya untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Sehubungan itu dapat menarik pelajar-pelajar luar negara sebagaimana pendekatan yang digunakan oleh Singapura."

>>TAHUKAH ANDA?

Dalam Perjanjian Malaysia 1963, telah menjelaskan bahawa sistem pelajaran di Sabah hanya boleh ditadbir urus oleh kerajaan negeri selama 10 tahun kemudian ia perlu diserahkan kepada kerajaan persekutuan agar sistem pembelajaran yang bersepadu dan diselaraskan diseluruh Malaysia. Jika sistem pendidikan Sabah pada masa ini tidak baik dan tidak memberi manfaat kepada rakyat Sabah maka tidak akan wujud beberapa intitutusi pengajian tinggi yang diiktiraf seperti Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi Mara (UiTM), kolej-kolej swasta yang kini dapat melahirkan ramai graduan yang mampu berdaya saing. Buktinya sahaja pelantikan Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Haji Ampon, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah dan Y.Bhg. Datuk Dr. Haji Muhiddin Yusin, Pengarah Pelajaran Sabah di Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Kedua-duanya adalah anak watan negeri Sabah sendiri, justeru merekalah orang yang bertanggungjawab dalam menentukan bidang pembelajaran negeri Sabah pada hari ini.

----------------------------------------------------------------


KESIMPULAN

20 Perkara adalah draf tuntutan yang di bawa ke IGC untuk diserapkan ke Perjanjian Malaysia pada tahun 1963 di London. Anggapan bahawa 20 Perkara adalah sebuah perjanjian yang sah dan telah ditandatangani oleh pemimpin terdahulu adalah tidak benar sama sekali. Rakyat Sabah seharusnya berasa bertuah kerana negeri Sabah mendapat kemerdekaan di dalam Malaysia serta kebijaksanaan pemimpin terdahulu menyertai Gagasan Malaysia harus diwar-warkan agar memberi kefahaman dan kesedaran kepada rakyat Sabah itu sendiri.

Sebagai contoh, sekiranya pada hari ini kita sebagai negeri di bawah naungan negara Indonesia. Apakah nasib kita pada hari ini? Tidak perlu pergi jauh, kita lihat sahaja nasib orang-orang Tarakan dan Nunukan berbanding kita di Sabah, perbezaan amat ketara sekali. Sedangkan kedudukan tanah mereka dan kita hanya bersempadan sahaja.

Sekiranya pada hari ini kita merdeka di bawah naungan kerajaan Filipina, terbelakah nasib kita? Sedangkan rakyatnya juga lari ke Sabah untuk mendapatkan perlindungan dan peluang pekerjaan. Persoalan-persoalan dan infomasi sebegini harus diamati oleh pemikiran segenap generasi hari ini agar membuka mata dan tidak mudah terpesong dengan dakyah-dakyah pembangkang yang hanya memperjuangkan kepentingan peribadi dengan



Sumber:-

1. Y.Bhg. Tan Sri Dr Herman Luping
-individu yang terlibat di dalam membuat 20 Perkara Sabah.

2. YB. Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur
-Peguam merangkap ADUN N.50 Lahad Datu.

3. Y.Bhg. Datuk Datu Tiga Belas bin Datu Zainal Abidin
-Pengarah Arkib Negeri Sabah.

No comments: